Harimau Malaya kalah lagi, Azzuddin tetap di FAM

Skuad bola sepak kebangsaan melengkapkan Jelajah Australia dengan episod duka selepas kalah 2-0 kepada juara National Premier Leagues-New South Wales (NSW), Marconi Stallions FC, 2-0 di Stadium Marconi, Bossley Park, Sydney, semalam.
   
Skuad Harimau Malaya bimbingan Datuk K. Rajagobal sebelum ini kalah 3-2 kepada Canberra FC pada aksi sulung, Khamis lepas sebelum bangkit mencatat kemenangan dengan membelasah Sydney Olympic FC, 4-0, lima hari kemudian.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Azzuddin Ahmad (gambar) berkata beliau tidak akan berundur daripada jawatan yang disandangnya ketika ini walaupun ada segelintir pihak yang mahu beliau mengosongkan kerusi berkenaan secepat mungkin.
  
Azzuddin yang memegang jawatan berkenaan sejak Sept 2007 berkata hanya Presiden FAM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah sahaja yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan supaya beliau berundur dan bukannya pihak luar.
  
"Saya berpegang kepada statut FAM di mana pelantikan dan pemecatan seorang Setiausaha Agung adalah di bawah kuasa Tuanku Presiden sendiri.   

"(Justeru itu), tidak ada mana-mana pihak yang boleh memberi tekanan kepada saya untuk berundur atau meletak jawatan dan segala (arahan) yang saya laksanakan sebelum ini adalah berlandaskan peraturan dan statut FAM," katanya kepada Bernama.

HD kata: Oh bola...

Comments

  1. Azzudin, ada atau tidak apa bezanya? Kalau ianya, boleh membawa apa2 perubahan yg besar oklah. Apa yg kita harus harapkan adalah perubahan akar umbi, bukan sahaja satu atau dua orang yg boleh di gunakan sabagai kambing hitam.

    Bukankah, kita amat arif dgn circus ini...? apa lagi yg kita dpt mengharapkan drp badut2 yg menerajui FAM? Bukankah mereka semua ini buta hati dan berpura-pura.?

    Aku syorkan, kepada kerajaan yg dpt mandat drp rakyat jelata, agar berhentikan saluran dana dan tajaan pihak swasta supaya FAM dpt insaf dan kembali ke jalan yg benar. Biarkan mereka mencari sumber sendiri - baru mereka tahu - kalau boleh tahan.

    Selama ini, banyak sangat wang ringgit telah di bazir oleh FAM, dan, bola kita masih entah kemana!!
    Berapa lama lagi harus kita perlu hadapi semua ini...? Apabila dana kurang dan kena cari sendiri, kita tengok, mereka boleh tahan atau tidak dan masih berminat tak mereka nak duduk dlm FAM.

    Dana drp TM pun duit rakyat juga. Kalau rakyat tak langgan dgn TM, mana dtg duitnya? Subahan Kamal, gunalah otak hang sikit. Jgn jadi buta hati dan mata kerana kenyang sangat makan.



    HSKL says: Belajar bimbing keluarga sendiri dulu, sebelum ingin bimbing masyarakat

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tickets for Kuala Lumpur Masters Malaysia Super 100 2023 now available

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024