Liga Super 2013 - siapakah pasukan pilihan anda?
"Saya sudah menemui ramuan terbaik untuk pasukan (bagi menghadapi musim baru Liga Super), namun masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu saya perbaiki terutamanya di bahagian tengah." Itu kata-kata jurulatih pasukan Selangor Irfan Bakti seperti dilaporkan Bernama semalam. "Saya akan lihat perkembangan pemain disebabkan kita sudah masuk fasa akhir persediaan bagi menghadapi Liga Super musim depan sebelum menyenarai pemain. Saya yakin kita akan lihat kualiti dan karakter pemain yang sebenar disebabkan mereka perlu bersaing sesama sendiri untuk memastikan mereka terpilih." Ini pula pendapat jurulatih Negeri Sembilan Divaldo Alves Pasukan-pasukan kini bersiap sedia untuk musim baru Liga M. Siapakah pasukan pilihan musim depan? Darul Takzim FC yang dibarisi pemain-pemain 'bintang', Selangor, Kelantan, Negeri Sembilan atau pun Perak? Mampukah ATM beri saingan? Apa pendapat anda? HD kata: Sudah pasti tahun depan musim yang menarik.