'Fandi pengurus JDT'
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN BOLASEPAK NEGERI JOHOR BERTARIKH 2HB OGOS 2013 Persatuan Bolasepak Negeri Johor ingin mengumumkan bahawa saudara Fandi Ahmad masih berkhidmat sebagai pegawai dalam PBNJ. Buat masa kini, Fandi berkhidmat sebagai pengurus pasukan Johor Darul Takzim. Perkembangan ini bukan berpunca daripada kedudukan pasukan JDT musim ini, yang boleh dikatakan membanggakan, memandangkan ianya tahun pertama penyertaan pasukan JDT dalam arena bolasepak Malaysia di peringkat tertinggi, mara ke peringkat akhir Piala FA dan muncul tempat ketiga dalam saingan Liga Super. PBNJ mengambil langkah melantik Cesar Ferrndo sebagai pengurus pasukan dan ketua jurulatih yang baru bertujuan untuk memperkenalkan pendekatan teknikal yang berbeza dan memupuk perubahan mentaliti positif dan meningkatkan ilmu pengetahuan di kalangan pemain. PBNJ juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan terhadap segala sumbangan dan usaha saudara Fandi Ahmad bagi m...