Posts

Showing posts with the label johor fc

Darul Takzim FC & Safee

Pertama sekali, kelab Super League Johor FC kini dikenali sebagai Darul Takzim FC . Yang kedua, penyerang negara Safee Sali ( gambar ) berhijrah ke Darul Takzim FC kerana ingin "menyelamatkan kariernya". "Dalam keadaan sekarang, saya pilih menyertai Johor untuk menyelamatkan karier saya. Saya nampak usaha Johor untuk cuba membuat perubahan dalam arena bola sepak negara...saya terima dan hormati cara mereka.  "Saya dapat rasakan Johor akan memberi impak yang amat positif dalam saingan liga musim depan ," kata Safee seperti dipetik Bernama. Di Jakarta pula, Kementerian Negara Pemuda dan Olahraga (Kemenpora) melakukan pertemuan dengan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) dan Komite Penyelamat Sepakbola Indonesia (KPSI) untuk membahas upaya penyelesaian konflik sepakbola Indonesia. Baca laporan penuh di sini dan artikel-artikel lain mengenai situasi di Indonesia di Kompas dan The Jakarta Post.

Dilema Devan & Mat Zan

Image
K.Devan letak jawatan sebagai jurulatih Johor FC pada Ahad. Kata Devan, beliau baik beredar untuk member peluang kepada orang lain mengambil alih kerana dengar khabar management Johor FC frust kedudukan tercorot mereka di Liga Super. Baca Mailsport hari ini untuk selebihnya . Nasib baik management KL tak terlalu ghairah, kalau tak Razip Ismail pun dah lama kena buang. KL hanya dapat peroleh satu mata dari 13 perlawanan. SATU mata jer beb! Malu lah, tapi apa nak buat, Tak boleh salahkan Razip. Pemain tak cukup mantap, dah lah KLFA takde main sponsor pulak tu. Jurulatih Terengganu Mat Zan Mat Aris pulak lain ceritanya. Dengar khabar Ken Worden mungkin akan ambil alih tugas Mat Zan. Ada yang nampak Ken di stadium semasa Terengganu menentang Negeri Sembilan baru-baru ini. Ken pernah mengendalikan pasukan Terengganu pada 2009 ( gambar ). Si Penyu kini tangga ketiga Liga Super, semi finalist Piala FA dan masih ada peluang untuk bermain dalam pusingan kedua Piala AFC. Kalau ikutkan...