Ref, oh ref...
UPDATE 3.38pm : "Saya tak boleh komen (pasal) referee, nanti kena enam bulan..." - ATM coach B.Satianathan (as per 1.58s in the video below) -------------- Bukan senang untuk menjadi seorang pengadil. Pasukan yang kalah selalunya menyalahkan pengadil. Kadang-kadang pasukan yang menang pun salahkan pengadil mengenai beberapa insiden di atas padang. Peminat pula selalu maki pengadil dari tempat duduk mereka di stadium - "ref kayu", "ref bangang" selalu kedengaran. Sekarang Suruhanjaya Pecengahan Rasuah Malaysia pun dikatakan menyiasat pengadil untuk mendapatkan lebih maklumat tentang gejala rasuah bola di Liga M. Tetapi apa yang menjadi topik hangat tak sampai sebulan Liga-M 2013 bermula ialah mutu pengadilan. Penyokong amat marah dengan mutu pengadilan Perak-Selangor tempoh hari sehingga memaksa Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Astaman Abdul Aziz untuk memberi komen mengenainya. Semalam, perlawa...