Ref, oh ref...

UPDATE 3.38pm: "Saya tak boleh komen (pasal) referee, nanti kena enam bulan..." - ATM coach B.Satianathan (as per 1.58s in the video below)

--------------








Bukan senang untuk menjadi seorang pengadil.

Pasukan yang kalah selalunya menyalahkan pengadil. Kadang-kadang pasukan yang menang pun salahkan pengadil mengenai beberapa insiden di atas padang.

Peminat pula selalu maki pengadil dari tempat duduk mereka di stadium - "ref kayu", "ref bangang" selalu kedengaran.

Sekarang Suruhanjaya Pecengahan Rasuah Malaysia pun dikatakan menyiasat pengadil untuk mendapatkan lebih maklumat tentang gejala rasuah bola di Liga M.

Tetapi apa yang menjadi topik hangat tak sampai sebulan Liga-M 2013 bermula ialah mutu pengadilan.

Penyokong amat marah dengan mutu pengadilan Perak-Selangor tempoh hari sehingga memaksa Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Astaman Abdul Aziz untuk memberi komen mengenainya.

Semalam, perlawanan pertama Piala FA diantara Selangor dan ATM menjadi perbualan apabila pemain Selangor Shukur Jusoh dipanggil semula walaupun telah menerima kad merah pada awal perlawanan.

Fifa pula menyatakan - 'The referee may only change a decision on realising that it is incorrect or, at his discretion, on the advice of an assistant referee or the fourth official, provided that he has not restarted play or terminated the match".

Siapa betul, siapa salah? Ref betul, penyokong salah?
HD kata: Hmmm.....

Comments

  1. Pembetulan: Shukor Jusoh tidak dikena kad merah di awal perlawanan. Lepas kena kad merah terus masuk dalam, dan lepas pengadil sedar salah bagi kad, terus panggil balik. Perkara yang lagi penting isunya kat sini, kad merah itu memang tak patut, reff salah bagi dengan menyangka Shukor Jusoh sudah dilayangkan kad kuning sebelum itu, sedangkan itulah kad kuning pertamanya.

    ReplyDelete
  2. Shukri nor pe cer bro? FAM senyap mau tutup kes ka?

    Kemahkemim.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

'Boikot jer'

Breast touched, coach masturbated in front of athlete, politician offered money for sex - damning allegations that must not be ignored

New parents unhappy with Tung Shin Hospital's policy