Posts

Showing posts with the label persatuan bola sepak negeri terengganu

Apasal Belasah Che Mat?

Image
Kira-kira 500 penyokong tegar Terengganu hari ini berhimpun meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan mendesak kepimpinan badan induk bola sepak negeri itu dirombak.      Perhimpunan yang bermula pada pukul 11 pagi itu berlangsung di pekarangan Taman Awam Batu Burok di sini, dan mereka berikrar akan meneruskan Kempen ABC yang bermaksud 'Asal Bukan Che Mat' bagi mendesak pengunduran Yang Dipertua PBSNT Datuk Che Mat Jusoh. Perenggan-perenggan di atas di petik dari Bernama. Gambar di atas di terbitkan di Buletin Online . Bernama kata 500 penyokong yang hadir; Buletin Online pula kata lebih 1000 yang berhimpun. Apa yang pasti penyokong inginkan pembaharuan. Mereka merasakan bahawa Che Mat seharusnya mengundur diri dan memberi peluang kepada orang lain menerajui PBSNT. Tetapi bukankah penyokong yang sama melatah apabila Mat Zan Mat Aris menjadi jurulatih Terengganu? Tidakkah penyokong juga tahu bahawa terdap...

Janganlah protes

Image
Itu kata-kata Menteri Besar Terengganu Ahmad Said (gambar) kepada peminat skuad Penyu. Beliau memberitahu pihak Media kalah menang adat permainan tetapi ada segelintir penyokong yang cepat melatah dengan mempersalahkan pengurusan pasukan apabila skuad mereka gagal mempamerkan aksi yang cemerlang. Ahmad memberi ulasan mengenai demonstrasi ABC (Asal Bukan Che Mat) yang sepatutnya berlangsung di Dataran Batu Burok pagi Sabtu ini. Mungkin Ahmad tepat dengan penilaiannya. Yang beraksi di atas padang pemain, bukannya ahli pengurusan. Tetapi apabila pemain atau jurulatih gagal, mereka cepat dipersalahkan. Bagaimanapula dengan pihak pengurusan, yang bagaikan menikmati imuniti. Tidakah mereka juga harus menanggung tanggungjawab apabila pasukan mereka gagal dalam kempen mereka? Senario ini tidak hanya berlaku di Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBNT) tetapi di badan sukan yang lain juga. Jadi kepada mereka yang masih ingin terus berprotes, buatlah dalam keadaan yang aman. ...