Janganlah protes

Itu kata-kata Menteri Besar Terengganu Ahmad Said (gambar) kepada peminat skuad Penyu.


Beliau memberitahu pihak Media kalah menang adat permainan tetapi ada segelintir penyokong yang cepat melatah dengan mempersalahkan pengurusan pasukan apabila skuad mereka gagal mempamerkan aksi yang cemerlang.

Ahmad memberi ulasan mengenai demonstrasi ABC (Asal Bukan Che Mat) yang sepatutnya berlangsung di Dataran Batu Burok pagi Sabtu ini.

Mungkin Ahmad tepat dengan penilaiannya. Yang beraksi di atas padang pemain, bukannya ahli pengurusan.

Tetapi apabila pemain atau jurulatih gagal, mereka cepat dipersalahkan. Bagaimanapula dengan pihak pengurusan, yang bagaikan menikmati imuniti. Tidakah mereka juga harus menanggung tanggungjawab apabila pasukan mereka gagal dalam kempen mereka?

Senario ini tidak hanya berlaku di Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBNT) tetapi di badan sukan yang lain juga.

Jadi kepada mereka yang masih ingin terus berprotes, buatlah dalam keadaan yang aman.

Tiada guna jika peminat setakat berkumpul dan menjerit untuk sejam dua. Pihak pengurusan pula harus sedar betapa seriusnya keadaan ini dan membuat perubahan yang sepatutnya.

Tidak guna menyuruh presiden letak jawatan jika ahli jawatankuasa yang masih mempunyai tempat di PBNT lain gagal memberi sebarang sumbangan kepada bola sepak Terengganu.

Tapi ada yang kata kalau tak protes, pemimpin tak akan tahu kehendak peminat.

Apa yang didahagakan ialah badan-badan sukan di Malaysia dianggotai mereka yang berjiwakan sukan dan bukan sebaliknya.

HD kata: Ada member Terengganu yang turun KL? Nak pesan keropok lekor...

Comments

Popular posts from this blog

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

Papa win, papa win.

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'