Posts

Showing posts with the label piala aff suzuki

Robbie Fowler ke T-Team?

Image
Itu masih menjadi tanda tanya tetapi ramai peminat Liverpool terutamanya di Terengganu ingin melihat kelibat Fowler sebagai jurulatih T-Team musim depan. Apa yang pasti ialah penghijrahan kembar Abdul Radzak - Aidil Zafuan dan Zaquan Adha - ke pasukan 'Manchester City' baru, Johor FA. Azmi Muslim juga akan ke Johor yang kini terkenal dengan Legoland dan Johor Premium Outlets. Baca laporan penuh disini. Safiq Rahim pula dikatakan berminat untuk bermain bersama kelab Indonesia Arema Pelita tetapi ingin memberi fokus terhadap persiapan Harimau Malaya menjelang Piala AFF Suzuki bulan depan. Walaupun baru sahaja memenangi Piala Malaysia dan menerima lot tanah sebagai ganjaran, ada juga pemain Kelantan akan keluar yang ingin meninggalkan Kota Bharu. Ada ura-ura yang menyatakan bahawa Khairul Fahmi Che Mat ingin beraksi dengan kelab lain - atau bersama kelab Indonesia. Apa yang pasti, persaingan sengit akan berterusan di musim 2013. HD kata: Baru...

Rajagobal: "Tak perlu panik"

Image
Pemain negara Aidil Zafuan Abdul Radzak menyeru peminat bola sepak negara supaya jangan cepat melatah. Tetapi beliau juga mengakui persembahan pasukan kebangsaan menentang Vietnam dalam perlawanan persahabatan tidak seberapa. Kata-katanya dipetik dari laporan Astro Awani (501) semalam. Ramai yang tidak berpuas hati - bukan hanya dengan keputusan perlawanan di mana pasukan negara tewas 2-0 kepada Vietnam - tetapi dengan corak permainan anak didik K.Rajagobal. "Tak perlu panik dengan kekalahan pertama (selepas enam aksi persahabatan antarabangsa 2012). Ini kerana saya berasakan kita masih di landasan sebenar. Cuma saya sedar, saingan Piala Suzuki AFF 2012 bukan mudah dan ia pasti lebih mencabar." Itu merupakan kata-kata Rajagobal yang diterbitkan di Berita Harian.  Safee Sali pula mengesa rakan seperjuangannya "mempelbagaikan lagi corak serangan kerana (pasukan) lawan sudah boleh baca gerakan" pemain-pemain kita. Baca Kosmo untuk laporan penuh . Wartawa...