Rajagobal: "Tak perlu panik"

Pemain negara Aidil Zafuan Abdul Radzak menyeru peminat bola sepak negara supaya jangan cepat melatah.

Tetapi beliau juga mengakui persembahan pasukan kebangsaan menentang Vietnam dalam perlawanan persahabatan tidak seberapa. Kata-katanya dipetik dari laporan Astro Awani (501) semalam.

Ramai yang tidak berpuas hati - bukan hanya dengan keputusan perlawanan di mana pasukan negara tewas 2-0 kepada Vietnam - tetapi dengan corak permainan anak didik K.Rajagobal.


"Tak perlu panik dengan kekalahan pertama (selepas enam aksi persahabatan antarabangsa 2012). Ini kerana saya berasakan kita masih di landasan sebenar. Cuma saya sedar, saingan Piala Suzuki AFF 2012 bukan mudah dan ia pasti lebih mencabar."

Itu merupakan kata-kata Rajagobal yang diterbitkan di Berita Harian. 

Safee Sali pula mengesa rakan seperjuangannya "mempelbagaikan lagi corak serangan kerana (pasukan) lawan sudah boleh baca gerakan" pemain-pemain kita. Baca Kosmo untuk laporan penuh.

Wartawan muda Sports247 Vijhay Vick pula, dalam komentarnya, berkata "Time to draw the line".

Apa yang pasti, keputusan yang baik boleh dijadikan motivasi kepada pemain-pemain negara. Akan tetapi, kekalahan pada waktu ini membolehkan kita memperbaiki masalah-masalah supaya lebih bersedia di perlawanan sebenar.

Mungkin benar kata-kata Aidil, janganlah kita terlalu cepat melatah. Beri peluang kepada Rajagobal dan pasukannya. Ujian sebenar menanti dalam Piala AFF Suzuki akhir tahun nanti.

HD kata: Kita tunggu dan lihat...

Comments

  1. I hold to your words Raja as long as you deliver.

    Its appear to me that national team consist of players from "Crony teams" only (i.e. Selangor and ATM). Clearly, Bunyamin and Faizal will never be a national team material whilst I do agree with the selection of Azmi Muslim.

    Personally, I always feel that Ong Kim Swee team plays much better football that the senior squad.

    Pak Nik

    ReplyDelete
  2. I do agree with u Pak Nik, Ong Kim Swee team plays much better football that the senior squad.

    As a Malaysia fan, saya tak kisah jika Malaysia kalah dalam sesuatu game jika permainan yg dipamerkan mantap dan bermutu. But, our National team kalah dengan mutu permainan yang amat mengecewakan.

    Please la coach, you must ensure the selected national players really masters in basic football first...ini passing and stop ball pun hancur....

    Please adapt Japanese team way of playing...simple and berkesan.Majority of their players perfect in their passing.Main guna otak buka membuta tuli.

    Bilala i can see our style of playing football ada class and as a fan we enjoy to watch our national teams beraksi.

    ReplyDelete
  3. Hmmm..

    Next time, if you were to do an experiment selection to your squad and in a A list friendly status, please do it behind close door and save all this excuses. To Aidil, Fans have to right to melatah, be happy, disappointed, they made all the expenses and effort to the stadium (do you even care?) which brings me back to my first opinion, next time nak experiment just do behind close door. Don t even bother to play in an international friendly. A simple as that.

    ReplyDelete
  4. Agree with the opinion if the coach want to do experiment with the players or tactics, do it away from Malaysian gazing eyes like in that tour in europe recently. Do not repeat this experiment nonsense in A-list international matches like against Vietnam or Australia. Do not do anything that could jeopardise our ranking.


    Yan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tickets for Kuala Lumpur Masters Malaysia Super 100 2023 now available

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'