Isu Afandi sekeluarga ke Slovakia
PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA SIARAN MEDIA 21 JUN 2013 ISU PEGAWAI FAM BERSAMA KELUARGA KE SLOVAKIA FAM ingin menjelaskan bahawa Pengurus Pasukan Harimau Muda “A” YH Dato’ Afandi Hamzah telah berlepas ke Slovakia pada 16 Jun 2013 untuk memantau lati han dan perkembangan pasukan yang di bawah tanggungjawab beliau itu. Sesungguhnya beliau sepatutnya berada bersama Pasukan sepenuh masa. Namun, disebabkan tugas harian beliau maka beliau tidak dapat berbuat demikian. Pemergian beliau adalah di bawah bidang tugas beliau dimana beliau dikehendaki melaporkan perkembangan terkini Pasukan kepada Exco FAM yang akan bersidang pada 17 Julai 2013. Kunjungan ini amat penting bagi memantau persiapan Pasukan menghadapi Sukan SEA 2013 di Myanmar dimana FAM telah meletakkan sasaran untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada temasya Sukan SEA lalu. Di dalam surat pemakluman sebelum berlepas, YH Dato’ Afandi memberitahu bahawa beliau ak...