Isu Afandi sekeluarga ke Slovakia

  PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA 
SIARAN MEDIA 21 JUN 2013

ISU PEGAWAI FAM BERSAMA KELUARGA KE SLOVAKIA
FAM ingin menjelaskan bahawa Pengurus Pasukan Harimau Muda “A” YH Dato’ Afandi Hamzah telah berlepas ke Slovakia pada 16 Jun 2013  untuk memantau latihan dan perkembangan pasukan yang di bawah tanggungjawab beliau itu.  Sesungguhnya beliau sepatutnya berada bersama Pasukan sepenuh masa.  Namun, disebabkan tugas harian beliau maka beliau tidak dapat berbuat demikian.
Pemergian beliau adalah di bawah bidang tugas beliau dimana beliau dikehendaki melaporkan perkembangan terkini Pasukan kepada Exco FAM yang akan bersidang pada 17 Julai 2013.
Kunjungan ini amat penting bagi memantau persiapan Pasukan menghadapi Sukan SEA 2013 di Myanmar dimana FAM telah meletakkan sasaran untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada temasya Sukan SEA lalu.
Di dalam surat pemakluman sebelum berlepas, YH Dato’ Afandi memberitahu bahawa beliau akan membawa keluarganya bersama ke Slovakia, atas tanggungan beliau sendiri.
Sehubungan dengan itu, FAM berharap kenyataan ini dapat menangkis segala tomahan serta fitnah terhadap pegawai-pegawai di FAM yang dituduh berulang-alik ke Slovakia.  YH Dato’ Afandi merupakan pegawai FAM yang pertama melawat Pasukan sejak berada di Slovakia pada bulan Mac 2013.
Selain dari itu, FAM ingin menyatakan dengan tegas bahawa FAM tidak pernah menaja mana-mana keluarga pegawai FAM samada ke luar negara ataupun dalam negara.

Sekian, terima kasih.

Comments

  1. Tak salah bawa keluarga pegawai apabila memegang jawatan tinggi. Pengurus pergi menilai prestasi, keluarga pergi makan angin dengan kos RAKYAT.... Bila buat tak peduli, bila kena tangkap, macam-macam dalih-- style biasa FAM

    ReplyDelete
  2. Let's be more professional . Can you accept that as a responsible counsel member and also a team management staff. he can always take his family for a holiday some other time as he has been given a very important mandate to monitor the progress as well as to evaluate their current performance of the team.. I stop here . Thank you.

    KCNR

    ReplyDelete
  3. Don't mix business with pleasure. Remember India cycling fiasco when Team Manager was not around to present the national flag to organiser to raise during medal presentation ceremony.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tickets for Kuala Lumpur Masters Malaysia Super 100 2023 now available

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024