End of the road for Kien Keat-Boon Heong?
Beregu nombor satu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong terpaksa ‘berehat panjang’ apabila nama mereka tidak disenaraikan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk beraksi di Seluruh England yang berlangsung 4 Mac ini. Berdasarkan senarai nama pemain dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), hanya tiga beregu lelaki negara, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong dan Goh V Shem-Lim Khim Wah selain pasangan profesional, Mohd Zakry Abdul Latif-Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari yang menggalas cabaran Malaysia di kejohanan berprestij berkenaan dan layak beraksi terus ke undian utama. Berita terbaru itu sekali gus mengundang persoalan adakah BAM sebenarnya sudah membuat keputusan mengenai masa depan mereka dengan ia dijangka diumumkan selepas cuti perayaan Tahun Baru Cina. Baca laporan penuh disini . HD says: About time?