Lee Hup Wei turns 35 today. His gift to athletes - voicing their frustration

Lee Hup Wei had recently retired as a national athlete. As he turns 35 today, he decided to be the voice of athletes in the national athletics scene, as he takes issue with the debacle involving the Selangor Athletics Association and the Sports Commissioner's Office.

Here's his plea, as posted on his Facebook account, minutes ago:

"Lebih kurang satu minggu lagi, Sukan Sea Hanoi akan bermula. Sukan Sea amat bermakna untuk saya kerana saya sudah mewakili negara di dalam kejohanan itu sejak 2005 di Manila dan membawa pulang 4 pingat emas. Tahun ini saya tidak mengambil bahagian.

Banyak rakan-rakan atlet dan jurulatih yang menghubungi saya. Mereka kecewa kerana tidak dapat mewakili negara dalam Sukan Sea Hanoi. Mereka tidak dipilih bukan kerana tidak layak tetapi atas faktor-faktor dalaman persatuan sukan.
Sebagai senior dalam bidang olahraga, saya perlu bersuara bagi pihak semua atlet.
Sepanjang 18 tahun sebagai atlet olahraga, konflik dalaman persatuan sukan selalu berlaku. Namun situasi sekarang sudah kritikal.
24 Mac lalu, Pesuruhjaya Sukan (PJS) telah membatalkan pendaftaran Persatuan Olahraga Selangor (POS). Saya mendapat tahu bahawa kes ini telah dibawa ke mahkamah. Tetapi anehnya, PJS telah pun membatalkan POS sebelum mahkamah membuat keputusan. Saya bukan pandai undang-undang, tetapi jika betul ada something fishy, ini sesuatu yang perlu diperjuangkan dan diberi perhatian serius oleh semua stakeholders sukan di Malaysia. Perkara ini menyebabkan banyak atlet dan jurulatih yang bernaung di bawah POS menerima kesan. Segala program untuk mereka terbantut dan boleh menutup peluang mereka untuk bertanding di Sukan Sea dan Sukma.
POS sepatutnya menjadi pusat bagi membangunkan bakat atlet di peringkat akar umbi. Sebagai anak jati Kajang, saya juga bermula dengan POS.
Malangnya POS digunakan untuk kepentingan pihak-pihak tertentu untuk kedudukan dan wang semata-semata. Mereka langsung tidak mengambil berat tentang kebajikan atlet. Mereka sanggup melihat POS terkubur daripada kehilangan kuasa.
Saya benar-benar kecewa (frust) dengan keadaan ini. Sukan olahraga adalah sukan yang amat saya cintai. Saya mahukan sukan ini dipelihara dari segala unsur-unsur yang boleh merosakkan masa depan sukan ini. Ada orang mungkin melihat sukan sekadar aktiviti riadah, ada orang melihat sukan untuk self mileage, ada orang lihat sukan untuk business, tapi untuk kami para atlet, sukan adalah hidup kami.
Saya Lee Hup Wei, bekas atlet lompat tinggi negara, menggesa Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri @Faizal Azumu untuk campur tangan dan menarik semula pembatalan POS. Saya tidak punya kuasa, kuasa saya hanya suara. Mohon yang berkuasa untuk membela nasib para atlet dan jurulatih seperti kami. Itu sahaja permintaan saya sebagai balasan sumbangan 18 tahun saya kepada negara.
Maaf Zahir Batin."

Comments

Popular posts from this blog

The untold story of a kampung hero from Sentul - Coach Guna

Independent or not, shouldn't the best shuttlers represent Malaysia?

Breast touched, coach masturbated in front of athlete, politician offered money for sex - damning allegations that must not be ignored