#JanganAntiMedia


1. Saya telah berkecimpung dalam dunia kewartawanan sejak tahun 2000. Saya bermula sebagai seorang wartawan sukan. 

2. Ramai yang telah saya temuramah sepanjang karier saya. Saya pernah minum kopi bersama pemandu teksi, lepak sama Pak Guard, berborak pasal PS2 dengan pemain tennis terkemuka Rafael Nadal, duduk sebelah bekas pemandu F1 Mika Hakkinen dalam Mercedes AMG SLS yang dipandunya, serta duduk semeja dengan tokoh korporat dan menteri dari dalam dan luar negara.

3. Saya juga mempunyai blog. Ada yang meninggalkan komen di blog, apa pula yang emel. Ada pula yang DM saya di laman media sosial saya. Sesetangah komen-komen tersebut agak pedas, tetapi sebagai 'Anon' atau menggunakan akaun "private". Saya hanya gelak kerana mereka ini pandai komen but tak berani nak letak nama sebenar. Tetapi saya tidak pernah tergerak untuk membuat tanda pagar (hashtag) bagi individu-individu sebegini.

4. Ada pula atlet dan pegawai yang tidak berpuas hati dengan hasil penulisan atau komen saya di television mahupun di radio. Kadang-kala mereka hanya melihat dari lensa mereka, but not the bigger picture. Tetapi, ingin saya nyatakan bahawa atlet-atlet dan pegawai-pegawai ini kebanyakkannya "gentleman(woman)". Ada yang cepat melatah, ada yang rileks. Tapi yang pasti, mereka semua menjadi rakan baik. 

5. Noraseela Khalid, Maninderjit Singh, Moh Siew Wei, Che Chew Chan, Datuk Santokh Singh, Datuk Ong Kim Swee, Rayzam Shah Wan Sofian, Logan Raj dan Datuk Lee Chong Wei antara wira dan wirawati negara yang telah mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa. Walaupun berstatus besar, mereka masih "humble" dan terus berhubung dengan saya sehingga hari ini. Kalau tak kenal nama-nama ini, cuba buat pencarian melalui Google. Dunia internet bukan hanya terhad pada TikTok atau Instagram.

6. Inilah hubungan istimewa antara wartawan dan atlet. Hubungan simbiosis -  saling memerlukan dan "menguntungkan" satu sama lain.

7. Ada yang berpendirian bahawa atlet-atlet hari ini tidak perlukan pihak media. Siap ada tanda pagar #guaantimedia. Jika tidak berpuas hati dengan laporan, sila ikut proses sedia ada. Tidak perlu nak berperang dengan mana-mana pihak. Saya akui, kadang kala wartawan silap. Ada kalanya, atlet dan pegawai sukan pun silap.

8. Kalau si wartawan mendapatkan reaksi dari pihak ketiga, berbekalkan dengan rakaman suara, eloklah pihak yang tersinggung siasat dahulu sebelum melenting. Kalau nak ajak kawan-kawan pakai tanda pagar sebagai tanda protes, pastikan mereka mengetahui perkara sebenar.

9. Atlet tetap memerlukan media, seperti mana media memerlukan atlet. Kerana para wartawan lah yang akan terus mengenang jasa atlet-atlet kita, tidak kira yang berumur dalam lingkungan 20an mahupun 80an. Apabila atlet bersara dan menceburi dunia perniagaan atau membuka akademi, mereka akan mencari pihak media untuk mewar-warkan karier baharu mereka.

10. Tidak lama dahulu saya pernah dijemput ke Akademi Badminton Malaysia untuk berinteraksi dengan pemain-pemain badminton negara mengenai komunikasi dan media. Saya memberitahu mereka bahawa hidup ini bagaikan roda. Bukan semua pemain badminton akan menjadi Chong Wei. Tapi jangan risau, jika anda mempunyai hubungan profesional dengan wartawan, mereka sudah tentu akan mengingati anda dan berkemungkinan besar menjadi rakan baik anda selepas karier anda berakhir.

#JanganAntiMedia


Comments

  1. diam bang sye tetap anti media kalau smua reporti mcm helmi talkah ni

    ReplyDelete
  2. kalau wartawan buat headline yang baik, yang support, kami pon takde masalah, dah kalau headline nya kata atlet pengkhianat, apo? dia bukan main untuk negara luar main, then alasan penat, tak pergi interview apa2, sedap olah2 cerita, this is not win2 situation ya, this more to take an advantage to our atlet, fikir2 kanlah

    ReplyDelete
  3. Ye betul kami tidak menidakkan jasa n peranan media tp kalau story boleh menjatuhkan semangat n prestasi player, ape citer, tak ke merugikan. Patut ko bg kata positif supaya sama² boleh bangkit.

    ReplyDelete
  4. ah sudah la. dah lontar batu, sembunyi tangan. rasanya media takde pun atlet boleh naik rasanya, sbb peminat sukan tu sendiri ialah media. bagi tajuk artikel pelik pelik, lepas tu sembang cmni. tkpe, terima kasih

    ReplyDelete
  5. you are wrong. what is your reading rate in e paper and fb? even instagram and their facebook has beaten your platform. Social influencer go on live and speaks bad about you, you can pack your bags and go. today is 2022 , not 2002. tankiubai

    ReplyDelete
  6. bang, kami ni anti dgn media sbb buat news mcm org tak sekolah. tak salah kot tulis baik baik and tak jadi batu api, abg sendiri tahu yg rakyat malaysia ni RAJIN BACA HEADLINE JE lepastu buat kesimpulan sendiri, kalau reporter sendiri tulis news elok elok rasanya SEMUA ORG boleh terima

    ReplyDelete
  7. Terpaling wartawan

    ReplyDelete
  8. Takyah cerita psl atlit perlukan media lepas bersara lah. Ko igt ko tuhan ke bg rezeki pd atlit. Ckp allah ad. Dh kalau wartawan suke up ceota xbetul, making up stories, tu bukan tabur fitnah ke? Ko siapa nk ckp mcmtu? Ko tuhan ke? Atlit nk main utk negara. Dh buat taik lg nk ego ckp ko betol . Fan skrg bukan bodoh lg mcm dlu . Kat dunia ko boleh ckp mcm², tutup lah pusingla cerita mcmne skalipun, akhirat nnti ko standby ye.. hakikatnya ko tahu ko dh sebar fitnah yg menyebabkan atlit kene maki hamun, skrg bile kene jentik sikit eh panas pulak ko ek. Penulisan ko ni pn xd point pun yg membuatkan kteorg fan ni jd mcm impress. Ko stakat bg point yg nmpk x educated. Sorry #guaantimedia

    ReplyDelete
  9. Cerita psl profesionalisme konon. Kau tu xprofesional pn. Fitnah org semata nk dpt rating tggi. Malula weh lagi² org islam

    ReplyDelete
  10. we’re not living in the 2000’s era anymore. the athletes can succeed by themselves and won’t need you guys to be known. they have social media to cater people especially their fans.SEKARANG NI ZAMAN MODERN LA

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tickets for Kuala Lumpur Masters Malaysia Super 100 2023 now available

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024