FAM 'berat sebelah'?
"Setakat ini Kafa belum dimaklum apa-apa. Saya cuma baca dalam blog dan baca dalam suratkhabar.." Berikut merupakan kata-kata penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Annuar Musa apabila persatuan tersebut dikenakan denda RM62,500 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana gara-gara penyokong yang membaling mercun dan objek keras ke arah padang dalam perlawanan Liga Super menentang Darul Takzim FC pada 15 Januari lalu di Kota Bharu. Penyokong Kafa pula merasakan keputusan tersebut "berat sebelah", lebih-lebih lagi apabila FAM masih belum memberi kata putus tentang insiden pergaduhan antara pasukan Selangor dan ATM baru-baru ini. Namun, FAM mengakui insiden Selangor-ATM masih dalam siasatan dan "tindakan selanjutnya masih tidak dapat diputuskan". Bagaimanapula dengan kenyataan presiden Johor FA Tunku Ismail Ibrahim mengenai mutu pengadilan dan 'bookie' dalam Liga-M? Pilih kasih? Ataupun keputusan FAM memang tepat kerana ga...