Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024


Berikut merupakan antara cadangan-cadangan Kementerian Belia dan Sukan untuk Bajet 2024 yang akan dibentangkan bulan hadapan.

1. Pengasingan sukan daripada kategori gaya hidup

2. Meneruskan dan memperluaskan inisiatif pelepasan cukai tambahan bagi aktiviti sukan berdasarkan senarai baharu 103 sukan berkuatkuasa Mac 2023 seperti berikut:

3. Pelepasan cukai tambahan sebanyak RM5,000 khusus berkaitan dengan aktiviti sukan yang dibelanjakan oleh individu bagi:

• pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997.

• bayaran sewaan atau fi kemasukan ke mana-mana fasiliti sukan.

• bayaran fi pendaftaran bagi penyertaan pertandingan sukan yang diluluskan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.

• Bayaran jurulatih/latihan/kelas untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997.

Justifikasi:

Impak kepada negara

1. Pembudayaan gaya hidup sihat dan aktif melalui aktiviti bersukan kepada semua peringkat sebagai pelaburan  kepada negara bagi mengurangkan beban tanggungan kos perubatan masa hadapan.

2. Menggalakkan penuaan aktif dalam situasi negara menghampiri status Ageing Nation.

3. Memastikan ibu bapa terus berbelanja untuk kelas/latihan sukan anak mereka walaupun dengan kos hidup yang meningkat. Ini adalah penting untuk pembudayaan gaya hidup sihat dan juga pembangunan bakat negara.

4. Mengalakkan industri sukan yang terdiri daripada jurulatih sukan/ jurulatih kecergasan/gimnasium, serta memastikan demand berterusan untuk jurulatih sekaligus memberi peluang pekerjaan kepada bekas atlet

Kos kelas/latihan adalah lebih tinggi daripada peralatan

1. Pelepasan cukai untuk pembelian peralatan sukan perlu dilengkapi dengan pelepasan cukai untuk kos aktiviti sukan, terutamanya latihan dan kelas sukan/kecergasan.

2. Laporan Tinjauan Perbelanjaan Isi Rumah 2019 menunjukkan perbelanjaan bulanan isi rumah untuk aktiviti sukan dan rekreasi (0.21%) adalah lebih daripada peralatan sukan (0.05%).

3. Kos Peralatan sukan renang (baju renang & goggles) hanya sekitar RM150 berbanding kos kelas renang RM200 – RM300 (4 sesi) di Lembah Klang.

4. Kos uniform sukan tempur hanya sekitar RM60 satu set, berbanding dengan kos latihan di sekolah sekitar RM60 sebulan.

5. Hanya beberapa sukan spesifikasi tinggi (memanah, ekuestrian, menembak etc) memerlukan kos signifikan untuk peralatan. Manakala sukan-sukan lain yang banyak diceburi kanak-kanak dan orang awam memerlukan kos lebih tinggi untuk kelas/latihan/ jurulatih.

Rakyat Malaysia kurang aktif

1. Berdasarkan dapatan Indeks Budaya Sukan Malaysia 2022 (IBSM’22), 52% rakyat Malaysia tidak terlibat dalam apa-apa aktiviti sukan.

2. Satu daripada empat orang dewasa di Malaysia tidak mengamalkan gaya hidup aktif. Golongan paling kurang aktif adalah wanita (28%), pelajar (39%) dan warga emas (59%); Sumber: National Health & Morbidity Survey, 2019).

3. Data Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan empat daripada lima remaja di negara ini tidak aktif secara fizikal. (Sumber: Kenyataan YB Menteri Kesihatan bertarikh 6 Julai 2023)

Kos kepada negara apabila rakyat tidak aktif

1. Lebih RM300 bilion daripada keseluruhan hasil Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) digunakan untuk menampung kos penyakit tidak berjangkit (NCD) rakyat Malaysia. (Sumber: Kenyataan YB Menteri Kesihatan bertarikh 14 Julai 2023)

2. Anggaran kos beban penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser di Malaysia adalah antara RM100.8 bilion hingga RM302.4 bilion. (Sumber: Kenyataan YB Menteri Kesihatan bertarikh 14 Julai 2023)

3. Terdapat peningkatan dalam penyakit tidak berjangkit (NCD) dengan 1.7 juta penduduk di Malaysia menghidapi diabetis, darah tinggi dan kolesterol tinggi. (Sumber: National Health & Morbidity Survey, 2019).

4. 73% kematian di negara ini disebabkan oleh penyakit tidak berjangkit (NCD) yang berkait rapat dengan gaya hidup tidak sihat. (Sumber: Kenyataan YB Timbalan Menteri Kesihatan bertarikh 8 September 2023)

5. Satu daripada dua orang dewasa di Malaysia sama ada mempunyai berat badan berlebihan atau obes (Sumber: National Health & Morbidity Survey, 2019).

Comments

Popular posts from this blog

Tickets for Kuala Lumpur Masters Malaysia Super 100 2023 now available

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'