Posts
Showing posts with the label liga super
FAM 'berat sebelah'?
- Get link
- X
- Other Apps
"Setakat ini Kafa belum dimaklum apa-apa. Saya cuma baca dalam blog dan baca dalam suratkhabar.." Berikut merupakan kata-kata penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Annuar Musa apabila persatuan tersebut dikenakan denda RM62,500 oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kerana gara-gara penyokong yang membaling mercun dan objek keras ke arah padang dalam perlawanan Liga Super menentang Darul Takzim FC pada 15 Januari lalu di Kota Bharu. Penyokong Kafa pula merasakan keputusan tersebut "berat sebelah", lebih-lebih lagi apabila FAM masih belum memberi kata putus tentang insiden pergaduhan antara pasukan Selangor dan ATM baru-baru ini. Namun, FAM mengakui insiden Selangor-ATM masih dalam siasatan dan "tindakan selanjutnya masih tidak dapat diputuskan". Bagaimanapula dengan kenyataan presiden Johor FA Tunku Ismail Ibrahim mengenai mutu pengadilan dan 'bookie' dalam Liga-M? Pilih kasih? Ataupun keputusan FAM memang tepat kerana ga...
Sukan Uni Asean, Piala FA & Liga-M 2013
- Get link
- X
- Other Apps
Tumpuan sudah tentu ke arah skuad Harimau Malaya yang akan menentang Thailand dalam perlawanan timbal balik separuh akhir Piala AFF di Bangkok Khamis ini. Namun, jangan kita lupa perjuangan atlit-atlit universiti khususnya pemain bola sepak universiti negara yang akan bermain Laos petang ini (3.30 petang) dalam perlawanan pertaman Sukan Universiti Asean (AUG) di Vientiane. Pemain ATM K.Reuben ( gambar ) akan beraksi bersama pasukan negara dalam kejohanan tersebut. Pada masa yang sama, undian Piala FA telahpun dibuat. Berikut merupakan perlawanan-perlawanan pusingan pertama; PKNS FC lwn LionsXII Sarawak lwn Melaka Preach Khan Reach lwn Pulau Pinang PBAPP FC KL lwn Pos Malaysia UiTM FC lwn Negeri Sembilan PDRM lawan Pulau Pinang SPA Putrajaya FC lwn Terengganu Kedah lwn NS Betaria FC Darul Takzim FC lwn Perak Sabah lwn Felda United Selangor lwn ATM Johor lwn Pahang Pahang Kuantan Port lwn ATM Tentera Darat T-Team lwn Perlis Musim 2013 akan bermula pada 5 Jan mel...
Siapakah yang akan menjulang Piala Malaysia 2012?
- Get link
- X
- Other Apps
Samada pasukan-pasukan masih belum sempat menyesuaikan diri dengan tempoh 'rehat' yang lama, dah terlebih makan ketupat dan rendang atau....mungkin terlalu banyak perhatian diberikan kepada pasukan-pasukan 'gergasi' sehingga kita lupa kemampuan sebenar pasukan-pasukan yang lain. Inilah realiti Piala Malaysia. Tidak seperti Liga Super mahupun Premier, Piala Malaysia mempunyai cabaran yang tersendiri dan pasukan-pasukan yang cemerlang di liga masing-masing tidak semestinya akan mampu beraksi sedemikian di pertandingan ini. Kelantan, Selangor and LionsXII sudah tentu berduka cita dengan perlawanan pembuka tirai masing-masing. Kelantan kalah 2-0 kepada Terengganu, Selangor ditewaskan 2-1 oleh Sarawak manakala pasukan seberang Tambak hanya sekadar seri 0-0 dengan Johor FC. Namun Kelantan masih dikatakan pasukan 'pilihan' untuk digelar juara Piala Malaysia tahun ini. Jika ia menjadi kenyataan, maka ia boleh dikatakan sebagai "bitter sweet victory" ba...
Shahidan ingin lepas jawatan dari Perlis FA.
- Get link
- X
- Other Apps
Laporan dibawah diperolehi daripada agensi berita negara Bernama . Pendapat saya tertera dalam ink merah. KANGAR, 22 Julai (Bernama) -- Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Dr Shahidan Kassim ( gambar ) hari ini menyatakan hasrat untuk berundur daripada meneraju persatuan itu jika ada pihak lain yang berminat menggantikannya. No, this is not an April Fool's joke. Erm, lepas jawatan dari Persekutuan Olahraga Malaysia sekali ke? Beliau yang menawarkan jawatan itu kepada Menteri Besar Perlis Datuk Seri Md Isa Sabu, berkata PFA memerlukan peruntukan yang besar untuk kembali gah dalam saingan liga. Maksudnye harap duit kerajaan negeri lagi? "Saya tahu beliau (Md Isa) tak minat bola sepak, tetapi beliau mempunyai sumber kewangan untuk meneraju sukan ini," katanya pada sidang media, di sini. Macam perli je.... Shahidan berkata kekangan kewangan menyebabkan PFA gagal menyerlah dalam saingan Liga Perdana musim ini sehingga terpaksa beraksi dalam Liga ...
Pahit manis Liga Super 2012
- Get link
- X
- Other Apps
Maka akhirnya sudah Liga Super musim 2012. Banyak cerita pahit manis, mungkin lebih banyak pahit daripada manis, yang telah kita dengar sepanjang musim ini. Antara yang menarik; Januari: Gejala rasuah bolasepak kembali. Februari: Timbalan Presiden FAM Annuar Musa "membuat kenyataan akhbar berbau negatif mengenai skuad bola sepak negara yang melanggar Artikel 88, Statut FAM". Beliau, yang juga merupakan presiden Kelantan FA (Kafa), digantung dua setengah tahun oleh FAM pada bulan April. Kafa " pecat " Peter Butler. Bojan Hodak dilantik sebagai jurulatih Kafa baru. April : K.Devan meninggalkan Johor FC . Mei: Nazmi Faiz Mansor bermain untuk kelab Portugal SC Beira Mar. Kelantan menjuarai Piala FA apabila mengalahkan Sime Darby FC 1-0. Mat Zan Mat Aris meninggalkan pasukan Terengganu, diganti Peter Butler. Julai : Wan Zaharulnizam Zaka...
Tahniah Kelantan
- Get link
- X
- Other Apps
Kelantan digelar juara Liga Super 2012. Tahniah kepada jurulatih pasukan Bojan Hodak dan anak buahnya. Nampak gaya Kelantan lah yang menyelamatkan martabat Liga Super musim ini. Bayangkan kalau pasukan Singapura LionsXII yang menang. Hmm... Sudah pasti ramai juga akan tertanya-tanya apa yang melintas fikiran Annuar Musa yang bertikam lidah dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) disebabkan artikel 88 - artikel kuno yang kuat diperdebatkan sebelum ini. Bercakap mengenai FAM, Kongres yang ke-48 telah berlangsung semalam tetapi malang sekali Artikel 88 tidak diperbincangkan. Ini kerana hanya usul-usul yang "menetapi syarat-syarat" dibawa ke Kongres kali ini. Semasa Kongres, presiden persatuan bola sepak Perlis Shahidan Kassim mengaju soalan kepada presiden FAM Sultan Ahmad Shah mengenai tafsiran perkataan 'Media' dalam Statut FAM dan adakah perkataan tersebut merangkumi Media arus perdana, social dan alternatif. Shahidan juga bertanya mengapa setiausaha ag...