Tahniah Kelantan

Kelantan digelar juara Liga Super 2012.

Tahniah kepada jurulatih pasukan Bojan Hodak dan anak buahnya.

Nampak gaya Kelantan lah yang menyelamatkan martabat Liga Super musim ini. Bayangkan kalau pasukan Singapura LionsXII yang menang. Hmm...

Sudah pasti ramai juga akan tertanya-tanya apa yang melintas fikiran Annuar Musa yang bertikam lidah dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) disebabkan artikel 88 - artikel kuno yang kuat diperdebatkan sebelum ini.

Bercakap mengenai FAM, Kongres yang ke-48 telah berlangsung semalam tetapi malang sekali Artikel 88 tidak diperbincangkan. Ini kerana hanya usul-usul yang "menetapi syarat-syarat" dibawa ke Kongres kali ini.

Semasa Kongres, presiden persatuan bola sepak Perlis Shahidan Kassim mengaju soalan kepada presiden FAM Sultan Ahmad Shah mengenai tafsiran perkataan 'Media' dalam Statut FAM dan adakah perkataan tersebut merangkumi Media arus perdana, social dan alternatif.

Shahidan juga bertanya mengapa setiausaha agung, dengan kebenaran dari presiden FAM, dapat melantik pemangku setiausaha agung dan bukannya Exco.

"Walaupun setiausaha agung kita bekas jeneral tetapi FAM bukan askar," kata Shahidan.

Tengku Abdullah bersetuju dengan Shahidan dan berkata pindaan Statut harus dibuat seperti dahulu kala dimana Exco melantik pemangku setiausaha agung.

 Kongres menerima masuk keahlian Persatuan Jurulatih B/Sepak mengikut artikel 11(1)(i) Statut FAM manakala dua wakil wanita akan berada didalam Exco FAM bagi memastikan kaum hawa yang mempuyai "football knowledge" tidak disisihkan dan mempunyai tempat di badan induk.

Berkenaan isu pemain melebihi umur had yang bermain di pra-Piala AFC Bawah-22 baru-baru ini, Azzuddin berkata walaupun FAM tidak membantah, tetapi tegas akan menghantar pandangan mereka (observation letter) ke AFC. Untuk laporan lanjut sila baca Utusan.

Presiden KLFA Astaman Abdul Aziz pula berjanji pemain-pemain KL akan mendapat gaji penuh mereka akhir bulan nanti.

Ini kali kedua Astaman membuat janji sedemikian bulan lepas.

"Terdapat perkembangan baru dan saya amat berharap dengan kemasukan Datuk Bandar yang baru, saya yakin KLFA akan mendapat sokongan padu daripadanya."

HD kata: Hmm...

Comments

  1. Sampai bila FAM nak jadi macam ni?

    Sukan SEA yang akan datang, juga di Myanmar. Apa nak jadi pada Harimau Muda masa tu? Nak habiskan lagi juta-juta hantar main kat Eropah sebagai persediaan?

    Saya setuju dengan Ong Kim Swee - penat lelah pasukan dibuang begitu sahaja. Terutamanya pemain yang bermain di S-League, they play football all year round.

    Sayang sekali, notis minta mengundur diri hanya dibuat terhadap Presiden dan bukan seluruh Exco termasuklah Setiausaha Agungnya.

    Wasting Malaysian talent and tax payer money.

    p/s apa perasaan EXCO FAM dengan kenyataan yang ranking Kelantan kini sebagai kelab bolasepak adalah 1 di Asia Tenggara, 18 di Asia dan 156 di dunia (Haresh tak nak komen ke pasal ini; tahniah pasal menang MSL sahaja sudah tak cukup tu....)

    Kamarul

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bro / Sis Anon 10.05pm

      1. Mcm mana gua nak approve comment hang since ada kata kesat dilemparkan ke FAM. Pakai perkataan lain. Nanti org FAM kata "derhaka"..I pulak yg kena.

      2. Kalau tak puas hati dengan Rizal Hashim / Khawari, sila komen kat blog diorang.

      Terima kasih ye :)

      Delete
  3. Congrats to the Red Warriors!I'm sure those in FAM will not be happy with this result as they want any other team other than the TRW to win...I only support TRW and Kim Swee's team (BTW that boy from Sabah, Rozaimi is another unpolish jewel. FAM, tolong jag dia betul2)

    Pak Nik

    ReplyDelete
  4. Haresh,

    1.Tugas rasmi Sultan atau peribadi Sultan tentunya tidak boleh dipertikai. Namun tugas Sultan selain sebagai Raja Melayu, boleh di kritik (I am merely riding on the reported news (either BH or Metro) on some fans delivering a memorandum to HRH Sultan via his aid in KL after the said congress). Ini fahaman saya. Please correct me if I am wrong. And if I AM WRONG, I sincerely apologize to you as TUAN TANAH and withdraw my statement.

    And "Wasting tax payer money - a fact - refer to all the cost building up the team.

    And "Wasting talent" - talents remain as jaguh kampung.

    FAM by itself is not a royal institution.

    2.It has nothing to do with Rizal/Khawari or anybody else. It was supposed to be a slap to Azzuddin for saying that ranking is not important.

    p/s Did they actually say something on this issue? I wouldn't know. I DON'T read their blog. And I happen to follow your blog since your previous win the award on sports journalism.

    Apapun Bro, lu Tuan Tanah. So, up to you how you want to read my statements.

    Kamarul

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

'Boikot jer'

Breast touched, coach masturbated in front of athlete, politician offered money for sex - damning allegations that must not be ignored

New parents unhappy with Tung Shin Hospital's policy