Pahit manis Liga Super 2012

Maka akhirnya sudah Liga Super musim 2012.

Banyak cerita pahit manis, mungkin lebih banyak pahit daripada manis, yang telah kita dengar sepanjang musim ini. Antara yang menarik;

Januari: Gejala rasuah bolasepak kembali.

Februari: Timbalan Presiden FAM Annuar Musa "membuat kenyataan akhbar berbau negatif mengenai skuad bola sepak negara yang melanggar Artikel 88, Statut FAM". Beliau, yang juga merupakan presiden Kelantan FA (Kafa), digantung dua setengah tahun oleh FAM pada bulan April.
              Kafa "pecat" Peter Butler. Bojan Hodak dilantik sebagai jurulatih Kafa baru.

April: K.Devan meninggalkan Johor FC.

Mei: Nazmi Faiz Mansor bermain untuk kelab Portugal SC Beira Mar.
         Kelantan menjuarai Piala FA apabila mengalahkan Sime Darby FC 1-0.
         Mat Zan Mat Aris meninggalkan pasukan Terengganu, diganti Peter Butler.

Julai: Wan Zaharulnizam Zakaria dan Wan Zack Haikal Wan Noor berlepas ke Jepun untuk bermain dengan kelab Okinawa FC Ryukyu.
         Kelantan menjuarai Liga Super. FAM akur dengan permintaan penyokong Kelantan untuk menyerahkan trofi di Kota Baru pada Julai 14.

Pasukan terbaik musim ini: Kelantan (Juara Piala FA & Liga Super)

Pasukan yang terburuk musim ini: KL (mengakhiri musim tanpa mencatat sebarang kemenangan).

Pasukan kejutan Liga-M: Sime Darby FC (melakar sejarah sebagai kelab pertama untuk bermain di final Piala FA).

Pasukan yang harus diberi perhatian dalam Piala Malaysia: Perak (Pasukan Seladang bermula agak garang awal musim tetapi tidak begitu konsisten. Namun pasukan Lembah Kinta tersebut mampu mengakhiri Liga Super di tangga yang ke-4 dan mampu memberi saingan di Piala Malaysia nanti).

HD kata: Musim yang sungguh menarik. 

Comments

  1. HD.. Satu lagi yang U terlupa atau buat2 lupa lupa, perletakan jawatan CEO MSL, adakah ianya sudah diisi atau masih kosong, sunyi sepi tanpa berita...

    ReplyDelete
  2. kenapa harimau muda tak masuk singapore league cup (hanya masuk s league dan singapore cup) sedangkan lion xii masuk ketiga tiga pertandingan di negara kita?
    bukankah perjanjian asal kedua dua pasukan akan bermain dalam 3 pertandingan semusim? another blunder by fam atau kena tipu lagi?

    jack

    ReplyDelete
  3. We can see a sea of gap between the Champion (TRW) and the third place team (Selangor which is the second best local team) i.e. by almost 20 points. It could have been bigger if not for TRW's blips at the initial stage of the tournament following the sacking of Butler. FAM need to do something!!!

    Can we still unwind the agreement with Singapore? I dont tghink that there is any benefits of having them in.

    Pak Nik

    ReplyDelete
  4. yup..PERAK adalah pasukan yang harus diberi perhatian dalam Piala Malaysia :-)

    ReplyDelete
  5. yup..PERAK adalah pasukan harus diberi perhatian dalam Piala Malaysia ;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

'Boikot jer'

The untold story of a kampung hero from Sentul - Coach Guna

Breast touched, coach masturbated in front of athlete, politician offered money for sex - damning allegations that must not be ignored