Apa yang menarik tentang Piala Malaysia kali ini? Kuala Lumpur City FC, lah!



Piala Malaysia memasuki perlawanan separuh akhir. Malam ini, Terengganu akan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi separuh akhir pertama manakala Kuala Lumpur City FC akan lawan Melaka United dalam separuh akhir kedua.

Perlawanan Terengganu dengan JDT kata orang putih "expected" lah. Suka atau sebaliknya, JDT pasukan terbaik di Malaysia. Terengganu pula lawan yang kuat. Kalau Terengganu mampu beraksi dengan cemerlang, peluang untuk membolosi gawang JDT cerah.

Tetapi pasukan yang benar-benar menyinar tahun ini adalah Kuala Lumpur City. Anak didik Bojan Hodak telah melakar sejarah kerana ini kali pertama pasukan ibu kota masuk ke separuh akhir Piala Malaysia selepas 29 tahun. 

Dan jika Kuala Lumpur City mampu masuk ke final, ini akan mengimbau kembali memori 80an di mana skuad ibu kota antara pasukan yang gah di negara.

Jadi apa yang menarik tentang Piala Malaysia kali ini? Skuad Kuala Lumpur City FC, lah!

Buat peminat Kuala Lumpur City, jangan lupa untuk beli buku program perlawanan Sampai Mati Kuala Lumpur!

Comments

Popular posts from this blog

Tickets for Kuala Lumpur Masters Malaysia Super 100 2023 now available

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'