Posts
Showing posts with the label piala fa
Kelantan juara Piala FA
- Get link
- X
- Other Apps
Kelantan mempertahankan kejuaraan mereka apabila menang tipis 1-0 ke atas Johor Darul Takzim FC dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. Norfarhan Muhammad menjaringkan gol buat Kelanatan pada minit ke-14. Ramai terkejut apabila JDT mengeluarkan penyerang kebangsaan Safee Sali, yang hanya beraksi lebih kurang 20 minit, dan menggantikan beliau dengan Leonel Nunez. Namun JDT masih tidak mampu membolosi pertahanan Kelantan dan keputusan 1-0 kekal sehingga akhir perlawanan. Ini merupakan kemenangan manis buat Kelantan setelah terlepas peluang menjuarai Liga Super. Berbaki dua perlawanan, Kelantan kini berada di tangga kelima dalam liga. Nota: Gambar dari fuh.my HD kata: Tahniah buat pasukan Kelantan. Norfarhan Muhammad t Norfarhan Muhammad t Norfarhan Muhammad t
Audi Q7 untuk dua pemain terbaik JDT
- Get link
- X
- Other Apps
KENYATAAN MEDIA DYAM TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM, BERTARIKH 27HB JUN 2013 Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasukan Johor Darul Takzim dan Kelantan kerana telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan Piala FA. Kedua-dua negeri telah berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi meningkatkan taraf bolasepak di negara ini, dan kini sukan tersebut kembali menarik minat penyokong dari seluruh tanah air. Bagi perlawanan pada Sabtu ini, dan perlawanan-perlawanan pada masa akan datang amnya, saya menyeru kepada para penyokong supaya sentiasa menjaga disiplin dan tingkah laku. Elakkan dari mencetuskan sebarang kekecohan dan provokasi, serta sentiasa patuh kepada arahan pegawai-pegawai keselamatan yang bertugas. Saya berharap penyokong daripada kedua-dua pasukan menunjukkan semangat kesukanan dan persaudaraan. Sehubungan itu, akan diadakan satu perjumpaan ramah mesra di antara penyokong Johor dan Kelantan di kawasan rehat Seremban, lebuhraya Utara-Selatan. Saya...
Kenyataan akhbar Persatuan Bola Sepak Negeri Johor
- Get link
- X
- Other Apps
Kenyataan media PBNJ susulan terhadap ketidakadilan FAM dan PBNP 1hb Jun 2013 Johor Bahru – Persatuan Bolasepak Negeri Johor Darul Takzim ingin membuat kenyataan akhbar susulan daripada kenyataan bertarikh 30hb Mei 2013 dan juga penjelasan FAM melalui kenyataan akhbar mereka bertarikh 31hb Mei 2013 yang telah dilaporkan pada media massa. Persatuan Bolasepak Negeri Johor Darul Takzim memegang kepada kenyataan kami bahawa FAM dan juga Persatuan Bolasepak Negeri Pahang tidak berlaku adil kepada PBNJ, pemain dan juga penyokong Johor Darul Takzim setelah apa yang telah berlaku pada perlawanan separuh akhir di Stadium Darul Makmur pada 28hb Mei 2013 yang lepas. Walaupun PBNJ menghormati keputusan yang telah dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan FAM untuk perlawanan semula diadakan di stadium berkecuali, tetapi keputusan itu masih jelas memihak kepada Pahang kerana mereka masih lagi diiktiraf sebagai tuan rumah yang akan menerima hasil kutipan penjualan tiket di mana sepatut...
Siapakah pilihan anda...
- Get link
- X
- Other Apps
Terkini 10.56pm: Tahniah kepada jurulatih Kelantan Bojan Hodak dan pemain-pemain Red Warrior selepas mengalahkan Sime Darby FC 1-0 di perlawanan akhir Piala FA sebentar tadi. Beberapa perkara yang perlu diteliti; 1. Stadium penuh walaupun diantara pasukan kelab Liga Premier dan Kelantan. Ini juga bermaksud RM40 x 80,000 = RM3.2 juta. Berapakah keuntungan FAM malam ini? 2. Kemenangan yang manis buat Annuar Musa. Cara terbaik untuk menutup mulut para pengkritiknya. 3. Bendera Che Guevara di Stadium Nasional. What's that all about? 4. Ikrar integriti oleh kedua-dua kapten pasukan agak kelam-kabut, macam budak-budak tadika. Tak buat latihan ke? By the way, konsep intergiti tu idea siapa eh...FAM ke MSL Sdn Bhd? 5. Padang yang dikatakan "tidak elok". Kenapa agaknya eh? (Faham-faham je la). ------- 79,000 tiket telah pun dijual. Kaunter di Stadium Nasional Bukit Jalil dibuka 40 minit yang lalu dan menjual baki 6,000 tiket bagi perlawanan akhir Piala F...
Bojan tidak sombong...
- Get link
- X
- Other Apps
...tetapi hakikatnya jurulatih Kelantan Bojan Hodak tiada masa untuk berfikir tentang perlawanan final Piala FA menentang Sime Darby Mei 19 nanti. Pasukan the Red Warrior bergegas pulang ke Kota Baru sehabisnya perlawanan mereka dengan Kedah (separuh akhir kedua) di Alor Setar. Oleh kerana tiada flight, terpaksa naik bas. Sampai KB 6.30 pagi. Kelatan ingin memperkukuhkan kedudukan mereka di Liga Super, maka mereka ingin mengalahkan Singapore LionsXII pada Mei 4. Pada Mei 8 pula, mereka akan bermain perlawanan kumpulan terakhir Piala AFC dengan kelab Burma Ayeyawady United. Kalau menang, Kelantan layak ke pusingan kedua. Dengan jadual yang begitu ketat, mampukah Kelantan merampas Piala FA? Atau mungkinkah Kelantan akan mengalami nasib yang sama seperti Terengganu? Apa yang pasti, Kelantan mungkin pasukan pilihan, tetapi ramai juga ingin melihat Sime Darby menang. Seperti Bojan kata; "In my country, we believe luck follows the brave and we were brave against Kedah....