Audi Q7 untuk dua pemain terbaik JDT

KENYATAAN MEDIA DYAM TUNKU ISMAIL SULTAN IBRAHIM, BERTARIKH 27HB JUN 2013


Saya ingin mengucapkan tahniah kepada kedua-dua pasukan Johor Darul Takzim dan Kelantan kerana telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir pertandingan Piala FA. Kedua-dua negeri telah berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi meningkatkan taraf bolasepak di negara ini, dan kini sukan tersebut kembali menarik minat penyokong dari seluruh tanah air.

Bagi perlawanan pada Sabtu ini, dan perlawanan-perlawanan pada masa akan datang amnya, saya menyeru kepada para penyokong supaya sentiasa menjaga disiplin dan tingkah laku. Elakkan dari mencetuskan sebarang kekecohan dan provokasi, serta sentiasa patuh kepada arahan pegawai-pegawai keselamatan yang bertugas. Saya berharap penyokong daripada kedua-dua pasukan menunjukkan semangat kesukanan dan persaudaraan. Sehubungan itu, akan diadakan satu perjumpaan ramah mesra di antara penyokong Johor dan Kelantan di kawasan rehat Seremban, lebuhraya Utara-Selatan.

Saya juga ingin mengumumkan bahawa, sekiranya pasukan JDT menjuarai kempen Piala FA ini, Persatuan Bolasepak Negeri Johor akan memberikan bonus yang lumayan kepada kedua-dua pasukan Johor. Dua orang pemain terbaik musim ini daripada pasukan JDT akan menerima ganjaran berupa sebuah SUV Audi Q7. Semua inisiatif ini dilakukan sebagai menunjukkan penghargaan terhadap segala usaha dan komitmen yang ditunjukkan pasukan dan para pemain.

HD kata:  Coach Fandi dapat apa? Hehe :)

Comments

  1. TMJ telah meletakkan tanda aras yang tinggi kepada pemain - pemain JDT. Baguslah kerana ianya boleh merangsang pemain - pemain untuk beraksi sebaik mungkin. Cuma selepas ini sekiranya mereka hendak keluar atau digugurkan oleh JDT apakah mereka sanggup untuk menerima kekurangan insentif atau 'pay-cut' bagi meneruskan karier sebagai pemain??

    KERMIT THE SPIDER

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tickets for Kuala Lumpur Masters Malaysia Super 100 2023 now available

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024