Kenyataan akhbar Persatuan Bola Sepak Negeri Johor

Kenyataan media PBNJ susulan terhadap ketidakadilan FAM dan PBNP

1hb Jun 2013

Johor Bahru – Persatuan Bolasepak Negeri Johor Darul Takzim ingin membuat kenyataan akhbar susulan daripada kenyataan bertarikh 30hb Mei 2013 dan juga penjelasan FAM melalui kenyataan akhbar mereka bertarikh 31hb Mei 2013 yang telah dilaporkan pada media massa.

Persatuan Bolasepak Negeri Johor Darul Takzim memegang kepada kenyataan kami bahawa FAM dan juga Persatuan Bolasepak Negeri Pahang tidak berlaku adil kepada PBNJ, pemain dan juga penyokong Johor Darul Takzim setelah apa yang telah berlaku pada perlawanan separuh akhir di Stadium Darul Makmur pada 28hb Mei 2013 yang lepas.

Walaupun PBNJ menghormati keputusan yang telah dibuat pada mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan FAM untuk perlawanan semula diadakan di stadium berkecuali, tetapi keputusan itu masih jelas memihak kepada Pahang kerana mereka masih lagi diiktiraf sebagai tuan rumah yang akan menerima hasil kutipan penjualan tiket di mana sepatutnya PBNJ perlu di hukum ke atas apa yang berlaku di Kuantan Pahang,

Kenyataan PBNJ ini semua berasaskan kepada fakta dan berasas dan dibawah adalah sedikit kronologi peristiwa yang telah berlaku daripada mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan FAM.

Kronologi Peristiwa dan Keputusan yang telah ditetapkan

29hb Jun – Jawatankuasa pertandingan yang telah dipengurusikan oleh Y.Bhg.Dato Hamidin telah membuat siasatan berhubung dengan kejadian di Kuantan, Pahang bersama-sama dengan wakil pengadil, ahli jawatankuasa dan juga wakil kedua-dua Persatuan Bolasepak Negeri Johor dan Pahang.

Keputusan telah dibaca dan hukuman telah diberi seperti yang telah diketahui pihak media. Jawatankuasa juga membuat keputusan agar urusan pengagihan tiket dibuat pada mesyuarat khas perlawanan separuh akhir yang telah di pengerusikan oleh Datuk Fuad pada 30hb Jun 2013.


30hb Jun – Mesyuarat khas perlawanan separuh akhir diadakan dan dipengerusikan oleh Datuk Fuad. Datuk Akhbar, Naib Presiden PBNP telah memberitahu mesyuarat bahawa DYAM Tengku Muda Pahang telah bertitah untuk 60,000 tiket diberikan untuk dijualkan kepada Pahang dan 20,000 dijual di Stadium Bukit Jalil. Tidak sama sekali tiket diperuntukkan kepada PBNJ untuk dijualkan kepada penyokong Johor. Tiket 20,000 ini dijual kepada umum kepada mereka yang hendak membeli tiket perlawanan.

Setiausaha Kehormat PBNJ telah membuat permohonan rasmi meminta kuota khas tiket sebanyak 40,000 untuk Johor kepada PBNP.

31hb Jun – Pada waktu petang, pihak PBNJ telah menerima surat dari PBNP menyatakan permintaan PBNJ tidak dapat dipenuhi kerana permintaan tinggi oleh penyokong Pahang yang meminta tiket yang banyak.

Pada kira-kira jam 2100 malam, PBNJ telah menerima panggilan dari Datuk Akhbar memberitahu bahawa Tengku Muda Pahang telah memberi pelepasan tiket sebanyak 15,000 kepada PBNJ tetapi ia dah terlambat.

Adakah adil atau wajar bahawa Persatuan Bolasepak Negeri Johor tidak dapat kuota tiket dari pihak tuan rumah sehingga PBNJ terpaksa membeli tiket yang banyak untuk penyokong Johor melalui kaunter tiket di Stadium Bukit Jalil dengan menghantar wakil untuk membeli 5,000 tiket.

Adakah PBNP hanya membuat tawaran untuk tiket selepas mendapati jualan tiket tidak begitu menggalakkan dan memberi tawaran kepada PBNJ? Ini selepas surat balas rasmi beliau menyatakan bahawa PBNP tidak dapat memberi tiket kepada PBNJ kerana penyokong Pahang yang sebegitu ramai.

Sehingga tengahari perlawanan, laporan rasmi menyatakan bahawa hanya 40,000 tiket sahaja yang baru dijual oleh PBNP dan juga di Bukit Jalil. Ini menunjukkan bahawa sekiranya pihak PBNP berlaku adil dan memberi kuota jualan tiket kepada PBNJ, kami yakin bahawa jualan tiket akan bertambah atas pengalaman dan permintaan oleh penyokong Johor Darul Takzim yang memenuhi Stadium Larkin pada setiap perlawanan Johor Darul Takzim.

PBNJ berharap supaya FAM meneliti keputusan yang telah dibuat dan adakah ia telah menghukum PBNP dengan sewajarnya ataupun telah memberikan mereka ruang untuk mangaut keuntungan dengan keputusan yang telah di buat.

SEKIAN

Comments

  1. tarikh (bulan) pd kronologi tuh bos Mei lah

    ReplyDelete
  2. Kronologi apa ni?.......29 Jun,30 Jun, 31 Jun....hari ini baru 2 Jun......kahkahkah.......

    Pak Man Laksam.

    ReplyDelete
  3. The Press Release was posted as it is.

    ReplyDelete
  4. Amboi... Kalau kna kt diri sendiri baru nmpk x sail. Pahang Tuan rumah kn. Suka hati dialah. Dia pun boleh ckp b4 this tiket peruntukan yg diberi pd one of the pelawat ms SL match bukan 100 je ke? What goes around comes around. Lambat ngan cepat je.

    ReplyDelete
  5. Marty Mcfly la bro

    ReplyDelete
  6. bukan amboi x amboi. pbnp menipu tu yg x baik. nampak x sifat tak baik kat situ? menipu. shameful

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tickets for Kuala Lumpur Masters Malaysia Super 100 2023 now available

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024