Dr Anuar memangku jawatan presiden MPM, Zainal digantung tugas

As reported by Bernama

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Timbalan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Prof Madya Dr Anuar Suun kini memangku jawatan presiden majlis itu berikutan Datuk Zainal Abu Zarin digantung tugas kerana disiasat atas dakwaan penyelewengan wang MPM.
  
Setiausaha Kehormat MPM Siti Zaharah Abdul Khalid berkata Zainal digantung daripada memegang jawatan itu sejak Jun tahun lepas sementara menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  
Zainal didakwa menyeleweng wang berjumlah RM4 juta milik badan induk sukan Orang Kurang Upaya (OKU) itu dengan melabur dalam sebuah syarikat pengurusan acara, Paralimpik Ventures Sdn Bhd (PVSB) yang diterajui Zainal dan dua anaknya.
  
Siti Zaharah berkata mengikut perlembagaan MPM, Zainal masih memegang jawatan tertinggi itu sehingga pemilihan kepimpinan tertinggi baharu diadakan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Jun ini.
  
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Paralimpik Malaysia 2015 di Tasik Titiwangsa yang dirasmikan oleh Pengarah Cawangan Pembangunan Sukan OKU Kementerian Belia dan Sukan, Mohd Zaki Mahmud di sini hari ini.
  
Siti Zaharah berkata kemelut itu tidak menjejaskan perjalanan program pembangunan atlet paralimpik dan kebajikan atlet tetap terus dijaga dengan baik.

Read my expose 'Paralympics RM4 million poser' published in Malay Mail in 2011 and reproduced by Malaysia Today.

Comments

Popular posts from this blog

Tickets for Kuala Lumpur Masters Malaysia Super 100 2023 now available

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'