Saman

1. Pegawai sukan dan wartawan sukan mempunyai hubungan yang istimewa. Mereka saling memerlukan satu sama lain.

2. Ada yang suka apa yang dilaporkan. Ada pula yang akan melenting. Yang pasti, laporan harus objektif dan mampu memperkasakan lagi industri sukan negara.

3. Dalam tempoh 22 tahun saya berkecimpung dalam industri kewartawanan, ada yang tidak menyukai kritikan saya. Ada pula yang berpendapat dunia kewartawanan serupa dengan perhubungan awam - sepatutnya tulis "cantik-cantik saje ye."

4. Saya juga pernah disaman. Ada yang gembira sakan apabila saya disaman 11 tahun yang lalu. Namun, hakim membatalkan kes saman malu (defamation) tersebut dan berkata ianya "an abuse of judicial process". 

5. Pernah di Kongres Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) lebih sedekad yang lalu, presiden FAM Allahyarham Sultan Ahmad Shah berkata kepada saya, "You ah, sometimes hit below the belt. But don't worry, I won't get angry." Ini berikutan hasil tulisan kritikal saya terhadap FAM. Pegawai sukan kini tak "sporting" macam Allayarham Sultan Ahmad Shah. Piala Burnley hilang pun masih tak terjawab-jawab. 

6. Beberapa bulan yang lalu, laman berita Twentytwo13, di mana saya merupakan pengasas bersama dan pengarang, menerima "surat amaran" yang bertajuk "Unauthorised News Release". Ini berikutan laporan kami, yang diterbitkan pada bulan Julai, menyatakan bahawa kumpulan artis wanita K-pop terbesar di dunia akan membuat konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil tahun hadapan. Siap dapat emel dari Hong Kong memberi amaran kami akan disaman. Namun, perkara ini disahkan oleh kumpulan tersebut dua bulan kemudian (September). Laporan kami tepat. Kami masih tertanya-tanya apa sebenarnya maksud "unauthorised news release" dan sejak bila agensi berita memerlukan kebenaran pihak ketiga untuk menyiarkan sebarang laporan?

6. Saya akui setiap pihak mempunyai hak untuk saman. Saman lah. Biar mahkamah yang membuat keputusan. Tetapi jika duit persatuan sukan diguna pakai, ianya harus dibentangkan dan diberitahu umum. Ini kerana kebanyakkan organisasi sukan mengharapkan duit kerajaan pusat atau negeri. Duit tersebut duit rakyat. 

7. Kalau tak puas hati, baik duduk berbincang sambil makan laksa Kedah. Laksa Kedah sedap, Laksa Johor unik. Tapi saya lebih makan suka Assam Laksa kat Petaling Street kerana ia menggamit memori zaman saya sebagai pelajar undang-undang.

Comments

Popular posts from this blog

Tickets for Kuala Lumpur Masters Malaysia Super 100 2023 now available

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'