Posts

Showing posts with the label persatuan bola sepak malaysia

Annuar Musa lepas jawatan dari FAM, Kafa

KENYATAAN AKHBAR TAN SRI ANNUAR MUSA, TIMBALAN PRESIDEN FAM MERANGKAP PRESIDEN KAFA Saya telah mengikuti dengan teliti perkembangan dan kemelut yang berlaku, khususnya antara YB Menteri Belia dan Sukan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sejak saya dilantik menganggotai Jawatankuasa Pembangunan Program Bolasepak Negara (JKPPBSN), November lalu. Adalah ditegaskan pelantikan yang dibuat oleh YB Menteri terhadap saya, atas sifat saya selaku Ahli Parlimen Malaysia (Bersama seorang lagi Ahli Parlimen yang lain) ADALAH SAH dan tidak harus dipertikaikan. YB Menteri pada menjalankan tugas dan dengan kuasanya BERHAK melantik sesiapa sahaja mengikut budibicaranya bagi menganggotai JKPPBSN tersebut. Usaha YB Menteri melantik pelbagai pihak dan ‘stakeholders’ ini amat dialu-alukan sekali. Adalah ditegaskan juga bahawa Jawatankuasa yang dibentuk YB Menteri adalah sebuah entiti Kerajaan yang mempunyai peranan yang lebih luas, terutama dalam konteks pembangunan bolasepak. Ia di luar SKOP DA...

Apa cerita?

Image
Insiden in dirakam oleh penyokong di stadium Larkin malam tadi apabila Johor Darul Takzim FC menang tipis 1-0 ke atas Felda United. Apa komen anda?   HD kata: Biar penyokong bola sepak tempatan dan Persatuan Bola Sepak Malaysia komen tentang perkara ini.

Pemain, pegawai Liga-M wajib isytihar harta

Image
Semua pemain, pegawai pasukan dan pemain import yang terlibat dalam Liga Malaysia diwajibkan untuk mengisytiharkan harta masing-masing berkuatkuasa mulai musim depan. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, langkah tersebut perlu sebagai usaha untuk mengekang gejala mengatur perlawanan yang kembali menular dalam liga tempatan. Baca laporan penuh di sini . Ini merupakan satu langkah proaktif dari FAM untuk membendung gejala bookie yang berleluasa sejak zaman 90-an lagi. Singapura dan beberapa negara yang lain juga mengamalkan proses yang sama buat pegawai dan pemain bola sepak mereka. Apa yang penting sekarang adalah untuk memastikan bahawa peraturan ini diamalkan oleh pihak-pihak yang berkenaan. FAM juga harus berani mengambil tindakan jika ada pihak yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan. Tidak lama dahulu, FAM mengenakan syarat bahawa pasukan (kelab mahupun persatuan negeri) yang tidak membayar gaji, KWSP or Socso p...

Tujuh pemain Kelantan dipanggil untuk latihan pusat pasukan kebangsaan

SENARAI NAMA BAGI PERSIAPAN UNTUK MENGHADAPI PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA DAN PERLAWANAN PUSINGAN KELAYAKAN PIALA ASIA 2015 Adalah dimaklumkan bahawa Persatuan ini telah mengatur jadual latihan untuk Pasukan Bolasepak Kebangsaan sebagai persiapan untuk menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa dan Perlawanan pusingan Kelayakan Piala Asia 2015. Bagi memenuhi maksud yang tersebut di atas, Pasukan Kebangsaan akan mengadakan latihan dan pemilihan bertempat di Wisma FAM, Jalan SS5A/9, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor. Berikut adalah jadual bagi Pasukan Kebangsaan:- Bil. Perkara Tarikh Tempat 1 Latihan Pusat (Tempatan) 11.07.2013 – 23.07.2013 Wisma FAM 2 Perlawanan Persahabatan Antarabangsa melawan Chelsea FC 21.07.2013 Stadium Shah Alam 3 Latihan Luar Negara dan siri Perlawanan Antarabangsa di Jepun 23.07.2013 – 03.08.2013 Tokyo, Jepun 4 Latihan Pusat (Tempatan)...

Azzuddin ke AFF 1 Julai

PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA SIARAN AKHBAR FAM 24 JUN 2013 SEKALUNG PENGHARGAAN Saya, Lt Jen Dato’ Azzuddin Ahmad (Bersara), Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), ingin memaklumkan bahawa saya telah menerima surat perlantikkan s ebagai Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak ASEAN (AFF) dari KDYMM Sultan Ahmad Shah, Presiden AFF, pada hari Ahad 23 Jun 2013, untuk mengisi jawatan Setiausaha Agung AFF mulai 1 Julai 2013. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi pengharg aan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua Editor, Penerbit dan wartawan sukan media cetak dan elektronik, yang telah memberi kerjasama dan bantuan dari segi terutamanya liputan sukan bolasepak Negara sejak saya menjawat jawatan Setiausaha Agung FAM pada 17 September 2007 sehingga sekarang. Saya mengambil iktibar dari semua kitikan yang membina dan menerima semua kritikan negatif dengan hakikat di dalam apa jua isu wujudnya pendapat dan fahaman yang berlainan. ...

'Laporan mengenai TMJ perlu dirujuk ke Istana Johor'

Image
PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA SIARAN MEDIA 8 APRIL 2013 KENYATAAN MEDIA Sejak kebelakangan ini Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendapati bahawa banyak laporan-laporan di media tempatan yang membawa andaian-andaian yang tidak berasas mengenai isu-isu tertentu dalam bolasepak tempatan. Malahan didapati hanya segelintir akhbar yang sama sering membuat laporan yang berbentuk spekulatif ini. Laporan-laporan yang sedemikian menimbulkan suasana yang tidak sihat dalam bolasepak negara. FAM ingin memaklumkan kepada semua media supaya berhati-hati apabila membuat laporan mengenai Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) DYAM Tunku Mahkota Johor, yang mana semua laporan mengenai Baginda perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Istana Johor. FAM menerima arahan ini dari Istana Johor hari ini. Kerjasama dari pihak Media dalam hal ini amatlah dihargai. Sekian, terima kasih . UPDATE 3.43pm : Southern discomfort - as per the backpage of today...

Rajagobal, pemain Selangor bakal dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib

Image
UPDATE 5.50pm : Adakah jurulatih Harimau Muda Ong Kim Swee juga akan dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib kerana melanggar Artikel 88 apabila berkata; Tewas 1-7 kepada Georgia U21 memberi banyak petunjuk tentang kekuatan dan kelemahan secara realitinya pasukan HM A di kancah Eropah. Pemain yang sedia ada masih belum dapat mengadaptasi pentas antarabangsa terutamanya posisi yang ditinggalkan oleh pemain pemain utama. ...melalui laman Twitter-nya? Baca selebihnya di akhbar The Malay Mail hari ini. ----------   "Kita mempunyai merit untuk menghantar surat pertuduhan kepada beliau (jurulatih negara K.Rajagobal) kerana melanggar Artikel 88 selain turut meneliti laporan beberapa akhbar tempatan mengenai kenyataan beliau." Berikut merupakan  kata-kata Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Taufik Abdul Razak, seperti dilaporkan oleh Bernama. Rajagobal dikatakan "mengkritik" mutu pemain-pemain tempatan dalam Liga-M apabila Ma...

Pasukan bola sepak boleh buat pendaftaran pertengahan musim

Image
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan semua persatuan dan kelab bola sepak boleh membuat pendaftaran pertengahan musim dari 8 hingga 22 April, menurut laporan Bernama. "Persatuan atau kelab boleh mendaftar tiga pemain tempatan dan dua pemain import," kata naib presiden FAM Hamidin Amin ( gambar ). Hamidin merupakan pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan dan juga setiausaha Persatuan Bola Sepak Selangor. Sports247 pula memetik Hamidin berkata; “Starting this year, local players can transfer to other clubs within the M-League provided they obtain a release from their present club. This can be by way of loan or transfer fees. The original club gets to decide the terms of transfer. “This is stated in Section 4.5.5 of the M-League rule book for 2013-2016." HD says: Semoga berjaya kepada pemain dan pasukan Liga-M.

FAM: Pendaftaran khas kerana rasuah

Image
Berikut merupakan kenyataan akhbar oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai pemain Selangor Ramez Dayoub yang disabitkan dengan kesalahan rasuah bola sepak oleh Persatuan Bola Sepak Lebanon baru-baru ini.

Artikel 88 kembali lagi

Image
"Saya sibuk cari duit bagi membayar gaji pemain dan saya tidak ada masa untuk melayan FAM sebab gaji pemain, mereka (FAM) tak tolong bayar." Berikut merupakan kata-kata presiden Persatuan Bola Sepak Perlis Shahidan Kassim melalui khidmat pesanan ringkas kepada Bernama .  Ini berkenaan surat yang dikeluarkan Jawatankuasa Tatatertib FAM kepada Shahidan yang dikatakan melanggari Artikel 88 Statut FAM. Ya, Artikel 88 kembali lagi. Musim lalu, Annuar Musa menjadi mangsa Artikel yang sama. Banyak yang diperkatakan namun Artikel tersebut masih tetera didalam Statut FAM. Jangan salahkan jawatankuasa yang terlibat kerana mereka hanya mengikut undang-undang yang sedia ada.  Mereka yang berlajar undang-undang tahu 'a bad law is still law'. Annuar Musa dan Shahidan menjadi mangsa. Siapa pula selepas ini? Mungkin kita harus pastikan mereka yang pandai membodek juga terperangkap dalam Artikel 88 supaya mereka sedar bahawa mereka sebenarnya mempunyai kuasa untuk membu...

Persoalannya.....

Image
UPDATE 10.30am : Received this SMS - Info baru sahaja diterima daripada pengurusan NS Betaria bahawa mereka terima fax daripada FAM, jam 4.30pm semalam (Selasa), bagi menggantung (atau tidak membenarkan) penyertaan pasukan NS Betaria ke dalam Liga Premier musim hadapan. Kontrak pemain (termasuk pemain asing), jurulatih & pengurusan semua telahpun dimeterai lama sudah, sebelum mereka terima fax ini. Pemain-pemain NS Betaria (bersertakan pengurusan/jurulatih) akan ke Wisma FAM hari ini bagi mendapatkan penjelasan daripada orang-orang bijak pandai di FAM. Untuk pertanyaan, sila hubungi pengurusan NS Betaria. Saya tiada peranan, cuma diminta untuk memaklumkan rakan-rakan di pihak media agar tahu berkenaan perkembangan sebegini. Harap maklum, terima kasih & maaf mengganggu.  ----- 1. Kenapa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menetapkan 6 Dis 2012 sebagai tarikh tutup pendaftaran pemain sedangkan pemain-pemain negara terlibat dalam pertandingan Piala AFF? 2. Takkan FAM ti...

Kedutaan Besar Indonesia minta perlindungan & keamanan penonton

Image
“Saya berharap tuan rumah Malaysia bisa memberikan perlindungan dan menjamin keamanan para penonton,” ujar Suryana. Hal tersebut dianggap perlu karena para penonton datang dari pelbagai tempat, bahkan ada yang datang langsung dari negaranya untuk menonton sepak bola di Malaysia. Permintaan itu disampaikan terkait insiden pengeroyokan suporter Indonesia yang diduga dilakukan suporter Malaysia. KBRI menyatakan masih menunggu laporan resmi dari para korban. “Kalau sudah ada laporan resmi, baru kita akan mengambil langkah selanjutnya." Kenyataan berikut dipetik akhbar Tempo . Dengar khabar pihak polis ada menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan ini disahkan oleh  Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh semalam. Pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia pula tidak dimaklumkan tentang insiden tersebut tetapi berjanji akan memastikan tiada kejadian buruk akan berlaku kepada mana-mana penyokong mahupun pemain. Sebelum perlawanan Piala AFF bermul...

Kelab dianaktirikan?

Rasanya sebegitu. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan untuk tidak membenarkan kelab beraksi dalam Piala Presiden mulai tahun depan sehingga 2016 seperti yang tertera dilaporkan semalam . Menurut Bernama, Naib Presiden FAM Afandi Hamzah berkata keputusan itu dibuat Jawatankuasa Eksekutif FAM baru-baru ini yang bertujuan memberi peluang kepada pasukan negeri melahirkan lebih ramai pemain pelapis untuk diserapkan ke dalam skuad utama negeri masing-masing pada masa akan datang. Beri peluang kepada pasukan negeri? Bukankah baru-baru ini FAM ingin satu badan bebas untuk menganjur Liga-M bagi memenuhi matlamatnya menjadi liga profesional? Adakah ianya profesional untuk memberi 'peluang' kepada pasukan negeri dan menepikan kelab? Kenapa ada 'double standards'? Bukankah ini suatu lagi kes kelab bola sepak di Malaysia dianaktirikan? HD kata: Mungkin ada kelab yang gembira dengan keputusan ini kerana mereka tidak perlu mengeluarkan belanja lebih u...

Pahit manis Liga Super 2012

Image
Maka akhirnya sudah Liga Super musim 2012. Banyak cerita pahit manis, mungkin lebih banyak pahit daripada manis, yang telah kita dengar sepanjang musim ini. Antara yang menarik; Januari: Gejala rasuah bolasepak kembali. Februari: Timbalan Presiden FAM Annuar Musa "membuat kenyataan akhbar berbau negatif mengenai skuad bola sepak negara yang melanggar Artikel 88, Statut FAM". Beliau, yang juga merupakan presiden Kelantan FA (Kafa), digantung dua setengah tahun oleh FAM pada bulan April.               Kafa " pecat " Peter Butler. Bojan Hodak dilantik sebagai jurulatih Kafa baru. April : K.Devan meninggalkan Johor FC . Mei: Nazmi Faiz Mansor bermain untuk kelab Portugal SC Beira Mar.          Kelantan menjuarai Piala FA apabila mengalahkan Sime Darby FC 1-0.          Mat Zan Mat Aris meninggalkan pasukan Terengganu, diganti Peter Butler. Julai : Wan Zaharulnizam Zaka...