Persoalannya.....

UPDATE 10.30am: Received this SMS -
Info baru sahaja diterima daripada pengurusan NS Betaria bahawa mereka terima fax daripada FAM, jam 4.30pm semalam (Selasa), bagi menggantung (atau tidak membenarkan) penyertaan pasukan NS Betaria ke dalam Liga Premier musim hadapan. Kontrak pemain (termasuk pemain asing), jurulatih & pengurusan semua telahpun dimeterai lama sudah, sebelum mereka terima fax ini. Pemain-pemain NS Betaria (bersertakan pengurusan/jurulatih) akan ke Wisma FAM hari ini bagi mendapatkan penjelasan daripada orang-orang bijak pandai di FAM. Untuk pertanyaan, sila hubungi pengurusan NS Betaria. Saya tiada peranan, cuma diminta untuk memaklumkan rakan-rakan di pihak media agar tahu berkenaan perkembangan sebegini. Harap maklum, terima kasih & maaf mengganggu. 

-----

1. Kenapa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menetapkan 6 Dis 2012 sebagai tarikh tutup pendaftaran pemain sedangkan pemain-pemain negara terlibat dalam pertandingan Piala AFF?

2. Takkan FAM tidak merujuk kepada jadual Fifa dan Piala AFF sebelum menetapkan tarikh pendaftaran atau membuat sebarang perancangan buat 2013?

3. Kan lebih baik jika pendaftaran pemain dibuat sebelum Piala AFF bermula atau selepas Piala AFF berakhir - tidak kira pasukan negara berjaya ke perlawanan akhir (19 & 22 Dis) atau sebaliknya?

4. Bukankah tindakan sedemikian akan memastikan para pemain tidak terganggu dengan perpindahan ke pasukan atau kelab lain musim depan - seperti yang terjadi pada dua penyerang utama kita Norshahrul Idlan Talaha (gambar dari Johor Fan Club) dan Safee Sali?

5. Betul ke kelab Negeri Sembilan Betaria FC tidak "dibenarkan" beraksi musim depan? Jika benar, apa akan terjadi kepada pemain-pemain mereka?  

6. Benarkah ramai pemain masih menunggu sehingga saat akhir sebelum menandatangai kontrak bersama pasukan baru kerana jurulatih-jurulatih masih belum membuat kata putus untuk menyenaraikan mereka atau sebaliknya?

7. Oh, rakan baik saya Antony Sutton dari Jakarta ingin mengetahu bila jadual musim 2013 akan dikeluarkan memandangkan Liga-M akan bermula awal bulan depan. Esok? Lusa? Minggu depan? Seminggu sebelum Liga-M bermula?

8. Jika judual diberi awal, tidakkah ini akan membantu pengurus pasukan membuat perancangan (seperti pengangkutan dan penginapan) awal?

Banyak persoalan....harap dapat jawapan.

HD kata: Saya harap wakil FAM tampil menjawab soalan-soalan yang tertera di atas.

Comments

  1. FAM takde konfidenkah bahawa pasukan bolasepak kebangsaan boleh melepasi peringkat kumpulan AFF 2012?

    ReplyDelete
  2. One of the most outstanding reason for the failure of Malaysian football is poor planning besides poor management.

    We are sick and tired of the in-competency level shown by FAM. In the first place, is it worth discussing about the people running FAM?

    In Malaysia we have politicians running these bodies(wt the exception of some) Football seems to be the main target besides Badminton.
    The reason could very well be due to the popularity of the sport and the dimension it provides for the politicians to sell their faces and trying to look good and capable.

    We need to seek some explanation from FIFA related to gov officials and politicians holding positions in FAM.

    Fifa is very critical of any gov interference in the national body all the while. But are they not knowing what is happening and how football is run here?


    ReplyDelete
  3. HSKAMAL

    In Malaysia, football in not run by politicians but the the Prince and royalty and that make it even worse as they cant be criticise.

    Pak Nik



    ReplyDelete
  4. This is Modern Football, i believe. (from FAM perspectice?).. oh by the way, 'personel' in FAM have any other side job ke? sampai tak de masa nak review jadual FIFA.

    ReplyDelete
  5. Buat-buat sakit. Masuk hospital. Sain kontrak. hahahaha.......lawak bola Malaysia.

    ReplyDelete
  6. Semua yang dalam FAM tu dah boleh letak jawatan lah. dari Presiden sampai lah jawatan bawah. takde benda yang dibuat. harapkan duit je masuk puiii punya FAM.

    ReplyDelete
  7. Failure associaton of management

    ReplyDelete
  8. Failure associaton of management

    ReplyDelete
  9. 5. Betul ke kelab Negeri Sembilan Betaria FC tidak "dibenarkan" beraksi musim depan? Jika benar, apa akan terjadi kepada pemain-pemain mereka?

    jawapan nye adalah kerana rasuah yg melampau2 dr pegawai & pemain.. fam x nk panjng2 kn cite dan jadi tajuk utama media.. nnt player & pegawai malu..

    ReplyDelete
  10. Bila mana2 persatuan diterajui golongan Sultan n sanak sedara, maka yg dibawsh terpaksa ANGGUK-ANGGUK...andai GELENG-GELENG maka musnah lah periuk nasi...they are always right and ALWAYS HALAL...segala peraturan letak tepi..maka jadilah mcm UDIN & IDIN...

    Kemahkemim...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

'Boikot jer'

Breast touched, coach masturbated in front of athlete, politician offered money for sex - damning allegations that must not be ignored

New parents unhappy with Tung Shin Hospital's policy