Azzuddin ke AFF 1 Julai
PERSATUAN
BOLASEPAK MALAYSIA
SIARAN
AKHBAR FAM 24 JUN 2013
SEKALUNG
PENGHARGAAN
Saya, Lt Jen Dato’ Azzuddin Ahmad (Bersara),
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), ingin memaklumkan
bahawa saya telah menerima surat perlantikkan sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak ASEAN
(AFF) dari KDYMM Sultan Ahmad Shah, Presiden AFF, pada hari Ahad 23
Jun 2013, untuk mengisi jawatan Setiausaha Agung AFF mulai 1 Julai 2013.
Di kesempatan ini, saya ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua Editor,
Penerbit dan wartawan sukan media cetak dan elektronik, yang telah memberi
kerjasama dan bantuan dari segi terutamanya liputan sukan bolasepak
Negara sejak saya menjawat jawatan Setiausaha Agung FAM pada 17 September
2007 sehingga sekarang. Saya mengambil iktibar dari semua kitikan yang
membina dan menerima semua kritikan negatif dengan hakikat di dalam
apa jua isu wujudnya pendapat dan fahaman yang berlainan.
Seterusnya, saya memohon ribuan maaf sekiranya di
dalam jawatan Setiausaha Agung FAM, saya terkasar bahasa dan tersalah
laku terhadap mana-mana pihak.
Akhir kata, adalah diharapkan
saya akan dapat kerjasama dan bantuan dari semua pihak di dalam jawatan
baru saya.
Sekian, terima kasih.
Ok..Selamat Bertugas Datuk...so skrg siapa nak ganti Azud kat FAM??
ReplyDeleteKERMIT THE SPIDER