Felda Utd-JDT match: Explain 'faktor logistik yang tidak dapat dielakkan'

UPDATE 10.02am: FMLLP issued a statement on its Facebook page this morning.

PINDAAN TARIKH DAN VENUE PERLAWANAN LIGA SUPER LS21 DI ANTARA FELDA UNITED DAN JDT

Perlawanan Liga Super LS21 di antara Felda United menentang Johor Darul Ta’zim dijadualkan berlangsung pada hari Rabu, 27 September 2017 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka.

Lokasi stadium ini unik berbanding stadium-stadium lain yang digunakan di dalam liga tempatan kerana ia mempunyai satu sahaja hotel yang boleh digunakan oleh pasukan pelawat yang berada kurang dari satu jam dari stadium tersebut. Walaupun stadium ini serba moden dan lengkap, jika pasukan pelawat tidak mendapat tempat di hotel tersebut, maka perjalanan pasukan pelawat ke stadium akan menjadi satu perkara yang tidak munasabah untuk dilakukan sebelum dan selepas sesuatu perlawanan profesional.

Di dalam kes ini, pasukan pelawat tidak dapat menempah hotel berkenaan dan terpaksa mengalami perjalanan yang tidak wajar pada hari perlawanan. Pasukan pelawat telah memaklumkan kesulitan ini kepada pihak FMLLP pada sebelah malam hari Isnin, dan wakil dari pihak FMLLP serta FAM telah berjumpa dengan wakil dari pihak Tuan Rumah seberapa segera yang mungkin iaitu pada awal pagi hari Selasa. Di perjumpaan ini pihak Tuan Rumah diminta memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada masalah yang dihadapi pihak Pelawat dan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi termasuk cadangan pindaan jika perlu. Bila pihak FMLLP tidak mendapat sebarang kata putus atau penyelesaian yang boleh digunapakai dari pihak Tuan Rumah, maka pihak FMLLP terpaksa menghantar notis pindaan pada jam 3 petang.

Pihak FMLLP berasa kesal bahawa ekspresi dan luahan kekecewaan sesetengah pihak dibawa ke media massa walaupun ini adalan satu isu yang dibincangkan bersama. Bolasepak Malaysia memerlukan lebih kerjasama dan bukan luahan perasaan. Pihak FMLLP juga kesal bahawa keputusan yang telah dibuat terpaksa dilakukan pada saat akhir untuk menangani isu yang timbul ini.

Harus diingat bahawa pindaan venue ini bukan isu terasing kepada perlawanan ini sahaja. Masalah yang dihadapi oleh pasukan pelawat kali ini adalah masalah yang tidak boleh berulang untuk perlawanan-perlawanan yang seterusnya dimana pihak Tuan Rumah digesa mengambil inisiatif untuk memastikan satu hotel yang sesuai digunakan oleh pasukan pelawat itu sedia menerima pasukan pelawat mengikut keperluan pasukan-pasukan ini.

Isu-isu berikut akan timbul untuk membalas kenyataan dan tindakan FMLLP;
1) Pihak Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sudah meluluskan penggunaan stadium berkenaan untuk perlawanan Piala AFC tempoh hari.

Kenyataan ini benar dan AFC dengan berbesar hati telah meluluskan stadium ini setelah gagal sebelumnya setelah diberi pertimbangan berdasarkan hotel yang berjarak lebih kurang 1 jam 15 minit dari stadium. Tetapi harus diingat bahawa perlawanan AFC yang mungkin diadakan di stadium ini cuma 3 atau 4 kali setahun dan bukan juga setiap tahun berdasarkan kelayakan pasukan. 

Liga Malaysia memerlukan kegunaan stadium ini lebih kurang 16 kali setahun. Jadi budibicara yang digunapakai oleh AFC mungkin tidak dapat dipraktikkan dengan sama oleh FMLLP. Kedua dua situasi ini jauh berbeza.

2) Pasukan Pelawat ini dan yang lain telah menggunakan stadium berulang kali tanpa masalah.

Ini juga benar tapi pasukan-pasukan ini dapat menggunakan fasiliti hotel yang berdekatan dimana kali ini fasiliti itu tidak dapat digunakan. Kemungkinan ini boleh berlaku di masa akan datang.

Isu jarak hotel dari stadium dimana perjalanan lebih dari 1 jam bukan sahaja menjadi masalah kepada pasukan pelawat yang terlibat. Kebarangkalian untuk sesuatu kelewatan atau sebagainya berlaku adalah lebih tinggi jika perjalanan pada hari perlawanan adalah terlalu jauh. Ini memberi kesan kepada logistik dari segi siaran, komersial dan boleh membawa impak kepada perjalanan teknikal perlawanan. Isu ini mungkin dilihat dari satu arah sahaja oleh sesetengah pihak tetapi ia mempunyai impak yang jauh lebih besar.

Akhir sekali, setelah mempertimbangkan semua faktor tersebut diatas, FMLLP dengan berat hati dan kesal kepada semua yang terlibat, terutama sekali penyokong, media dan penaja yang dihormati, memutuskan untuk meminda venue ke Stadium Shah Alam pada hari Khamis, 28 September 2017.

--

ORIGINAL POST



Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) perlu menghentikan layanan istimewa terhadap pasukan tertentu sekiranya mahu Liga Malaysia (Liga M) berjaya daripada sudut komersial.
Kelmarin, skuad Liga Super FELDA United sudah bersedia untuk menanti lawan mereka, Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Tun Abdul Razak di Jengka seperti dijadualkan.
Bagaimanapun FMLLP membuat pertukaran di saat akhir dengan memindahkan perlawanan berkenaan ke Stadium Shah Alam tanpa berbincang dengan pengurusan FELDA United, dan tarikh perlawanan ditunda esok pula.
Read the full report here.
1. Why was the venue changed at the eleventh hour? Please explain what was the "faktor logistik yang tidak dapat dielakkan"?
2. Is it true someone had directed for the match be played elsewhere?
3. Will fans be compensated (or will they be taken for granted as usual)?
Please don't insult teams and fans by using vague excuses. 
Explain and justify.
I hope those in power will not brush this aside by saying “this is not a big deal”.

Comments

Popular posts from this blog

Tickets for Kuala Lumpur Masters Malaysia Super 100 2023 now available

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'