Signifikan nombor 6, gol TRW dan Annuar Musa

Signifikan nombor 6, gol TRW dan Annuar MusaKEMENANGAN ke atas Johor Darul Takzim (JDT) tentunya cukup bermakna buat pasukan The Red Warriors (TRW) dan seluruh rakyat Kelantan.
Kemenangan bergaya dengan berpesta enam gol itu juga merupakan nombor yang cukup signifikan dalam hidup Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa.

Annuar menerusi laman sosial Facebook berkongsi "ketentuan" angka enam dalam hidupnya.


"Kebetulan agaknya...saya anak ke enam...nombor Digi saya berakhir dengan 666666...nombor Maxis saya berakhir dengan 6666...nombor telefon pejabat Pengerusi Mara berakhir dengan 666.


"Saya masuk hospital bilik CCU nombor enam, saya calon Majlis Tertinggi nombor enam, dan malam ini (semalam) TRW mara ke separuh akhir dengan gol jaringan enam gol. Demikian ketentuan ILLAHI," katanya.


Baca selanjutnya di sini.

Sarawak akan menentang Pahang manakala Kelantan akan berhadapan Angkatan Tentera Malaysia dalam separuh akhir Piala Malaysia.

HD kata: Apakah pandangan anda mengenai mutu perlawanan Piala Malaysia?

 

Comments

  1. Perak dibelasah Sarawak dgn jaringan enam gol lalu digantung untuk siasatan. Ohh...sedih yop sedih....

    ReplyDelete
  2. Kelantan, merupakan sebuah pasukan yg konsisten, apabila dibanding dgn pasukan2 lain dlm MSL. Pemain2 pasukan ini, dpt mempamerkan sedikit sebanyak kefahaman yg di tuntut sukan bolasepak. Tetapi pada masa yg sama, terdapat juga banyak perkara2 yg perlu di baiki dan ditingkatkan. Kekuatan pasukan ini, disebabkan oleh pengalaman dan persefahaman yg dimiliki, mereke, hasil drp kekerapan penglibatan mereka di peringkat kelayakan ACL..

    Walaubagaiman-pun, tahap permainan(standard) masih lagi jauh ketinggalan, bila dibanding dgn kelab2 dari Korea,Jepun dan timur tengah.
    Mutu permainan dlm Piala Malaysia setakat ini hanya kelihatan sedikit peningkatan dikalangan pemain2 dari segi individu. Tetapi, sebagai satu pasukan, masih tiada kemampuan (group tactics & Combination play)
    Disamping ini juga, terdapat perkara2 lain yg tidak membantu untuk meningkatkan mutu permainan.Kemampuan untuk menterjemahkan taktik yg dirancang dlm latihan melalui skil fizikal dan mental dikalanagn pemain adalah sangat2 lemah dan 'miskin'

    Jurulatih juga harus di persalakan untuk keadaan ini, di mana, majoriti diantara mereka tidak mempunyai kemampuan untuk berkomunikasi dgn berkesan.- Apabila ini berlaku, maka, penyampain msj dan idea tersebut akan tergantung.

    Kesimpulanya, bolasepak Malaysia memerlukan usaha2 untuk meningkatkan tahap kecemerlangan jurulatih, agar mampu memberi kewawasan dan kesedaran yg harus kepada pemain secara individu mahu pun berpasukan.


    HSKL kata: Kesedaran dan berwawasan, faktor penting untuk kecemerlangan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

'Boikot jer'

Breast touched, coach masturbated in front of athlete, politician offered money for sex - damning allegations that must not be ignored

New parents unhappy with Tung Shin Hospital's policy