'99 peratus tak pasti layak atau tidak, tapi kita kena bagi vaksin kat pemain bola sepak'

"Tular pada hari ini pasukan bola sepak kita dapat vaksin. Ada yang tanya adakah pasukan bola sepak kita golongan OKU, warga emas ataupun komorbid? 

Tidak. Sebab mereka terlibat dalam pertandingan kelayakkan Piala Dunia. 99 peratus tak pasti layak atau tidak tetapi kita kena bagi vaksin kepada mereka kerana mereka dalam proses untuk pergi ke UAE, kalau tak silap saya, untuk perlawanan kelayakkan Piala Dunia. Itu sebab kita bagi kepada atlet."

Ini kata-kata Khairy Jamaluddin ketika sidangmedia Perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan hari ini.

Kata Khairy, 99 peratus tak pasti layak atau tidak tapi kena bagi vaksin. 

Kalau tak main dalam perlawanan kelayakkan Piala Dunia dan ranking negara merosot, orang akan kritik pasukan negara pula.

Layak atau tidak, kenalah bagi vaksin. Betul tak? 

Kalau belum daftar untuk mendapatkan vaksin Covid-19, sila daftar sekarang. 



Comments

Popular posts from this blog

'Boikot jer'

New parents unhappy with Tung Shin Hospital's policy

Kenapa tak cakap?