Jangan main-main dengan pemain bola sepak

"Jika tiada sifat-sifat kecintaan, ia boleh dianggap sebagai pembelot. Jangan main-main dengan saya ..."

Ini kata-kata pemangku Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin, seperti dilaporkan di Berita Harian hari ini.

Ini pula yang dilaporkan Harian Metro pada 9 April, 2021.

Sumber dalaman Sabah FC berkata, Rawilson dan Azzizan antara pemain yang bersuara mengenai gaji yang sebelum ini tertunggak dua bulan.

"Memang betul mereka (Rawilson dan Azzizan) ditinggalkan, ia ada kaitan dengan isu gaji tertunggak sebelum ini.

"Mereka juga antara yang bersuara mengenainya (isu gaji) sehingga sesi latihan pasukan dibatalkan semalam," katanya kepada Arena Metro.

... 

Beliau (Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Football Club Khairul Firdays Akbar) juga menafikan gaji pemain dan pegawai pasukan tertunggak sehingga tiga bulan seperti yang tular di media sosial, semalam.

"Memang diakui berlakunya beberapa kelewatan pembayaran gaji, namun ianya tidak pernah tertunggak lebih dari satu bulan."


Bung Moktar kata jangan main-main dengannya. Tapi pihak pengurusan bola sepak, tak kira di Sabah atau di semenanjung, tak boleh main-main dengan pemain.

Gaji kena ikut kontrak. Kalau kontrak kata gaji kena masuk setiap bulan, maka gaji kena masuk setiap bulan. It's as simple as that. Betul tak, Bung Moktar?

Hope to see you at Sushi King, Ampang Point soon. Have a great weekend.

Comments

Popular posts from this blog

'Boikot jer'

Breast touched, coach masturbated in front of athlete, politician offered money for sex - damning allegations that must not be ignored

New parents unhappy with Tung Shin Hospital's policy