Tahniah Norismadi, terima kasih Jasni


Norismadi Abd Manap (RTM) dipilih sebagai Presiden baharu Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) untuk penggal 2020-2023 selepas meraih kemenangan dengan kelebihan satu undi ke atas penyandang jawatan, Datuk Jasni Shafie hari ini.

Norismadi meraih 47 undi manakala Jasni mendapat 46 undi dan satu undi rosak.

Sejumlah 106 ahli SAM layak mengundi pada proses pengundian semula itu yang berlangsung di dewan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara.

Daripada jumlah tersebut hanya 94 ahli yang hadir untuk menjalankan amanah mereka.

Pengundian semula itu diadakan selepas dua calon jawatan Presiden dan dua calon untuk mengisi satu jawatan Exco telah mendapat undi yang sama pada mesyuarat agung Tri-Tahunan SAM 2020-2023 di TH Hotel, Kelana Jaya, 3 April lalu.

Dua calon Presiden iaitu Jasni dan Norismadi masing-masing terikat dengan 51 undi manakala dua calon untuk mengisi satu jawatan Exco, Ajitpal Singh Dhaliwal (New Strait Times) dan Vikneswaran Raman (Bernama) terikat dengan 57 undi.

Begitupun, hanya jawatan Presiden sahaja yang melalui proses pengundian semula itu manakala satu jawatan Exco telah dimenangi oleh Ajitpal Singh selepas seorang lagi calon, Vikneswaran Raman  menarik diri pada saat akhir.

Baca selebihnya di Facebook Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada Norismadi dan Ajitpal. Terima kasih sekali lagi kepada Jasni dan exco-nya.

Harap-harap selepas ini tiada "pertandingan" sebegini lah. Bukannya tak suka demokrasi tapi risau nanti menjelma puak-puak dalam SAM. Ahli SAM bukannya ramai pun. Patut together-gether. Semua rakan seperjuangan. 

Harap juga selepas ini tiada ahli berkempen macam ahli politik. Sampai yang tak pernah bertanya khabar pun boleh call lewat malam untuk raih undi. Pergh!

Apa-apa pun, Haresh Deol - ahli SAM 261 - sedia membantu. 

Dan SAM juga boleh berganding bahu dengan Kelab Akhbar Kebangsaan Malaysia (NPC) - antara kelab tertua di negara (June 6, 1948).

All the best! Let's move forward.

Comments

Popular posts from this blog

Tickets for Kuala Lumpur Masters Malaysia Super 100 2023 now available

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'