The Perak - Selangor connection

Bekas pemain Selangor bakal beraksi di dalam Siri Jelajah Kelab Peminat Bolasepak Perak yang akan diadakan di Padang Astaka, Kampar, Perak esok.

Ini merupakan kali ketiga program ini dijalankan, sebelum ini program ini dijalankan di Batu Gajah dan Seberang Perak. Antara bekas pemain yang memeriahkan program ini ialah Azrul Amri Borhan, Shahril Arsat, Sani Fahmi serta Shahrin Majid.

Menurut Penaung Kelab Peminat Bolasepak Perak, YB Keshvinder Singh, program ini adalah antara usaha untuk menarik ramai lagi peminat untuk menyokong pasukan Perak.

Inilah masanya memberi sokongan kepada pasukan Perak , apatah pasukan ini sedang mendaki kejayaan berbanding dengan musim lepas.

Program ini akan bermula jam 3 petang dan akan membabitkan perlawanan antara pasukan YB Adun Malim Nawar melawan pasukan Veteran Kampar yang juga dari pasukan Majlis Daerah Kampar. Selepas itu pasukan bekas pemain Selangor akan menentang pemain Perak.

Untuk memerihakan lagi Siri Jelajah ini, kaunter pendaftaran kelab peminat juga disediakan bagi urusan pendaftaran ahli.

Menurut promoter program, Hamdan Mohd Salleh, program ini adalah merupakan yang pertama di daerah Kampar. Program ini juga adalah usaha untuk mendapatkan ahli untuk kelab peminat di samping sebagai satu permulaan bagi menjayakan Liga Bolasepak Kampar yang akan bermula awal Mei nanti.

Antara bekas pemain Perak yang dijangka hadir ialah M Nagaraja,Zakaria serta beberapa bekas pemain 80an.Siri ke 3 jelajah ini adalah anjuran Kelab Peminat Bolasepak Perak bersama Biro Sukan DUN Malim Nawar.

Diharap peminat disekitar Daerah Kampar turun beramai-ramai menyaksikan Siri Jelajah ke-3 ini.

HD says:
I was born in Taiping, so Kejor yob kejor!

Comments

Popular posts from this blog

Tickets for Kuala Lumpur Masters Malaysia Super 100 2023 now available

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'