Siapakah pilihan anda...


Terkini 10.56pm: Tahniah kepada jurulatih Kelantan Bojan Hodak dan pemain-pemain Red Warrior selepas mengalahkan Sime Darby FC 1-0 di perlawanan akhir Piala FA sebentar tadi.

Beberapa perkara yang perlu diteliti;

1. Stadium penuh walaupun diantara pasukan kelab Liga Premier dan Kelantan. Ini juga bermaksud RM40 x 80,000 =  RM3.2 juta. Berapakah keuntungan FAM malam ini?

2. Kemenangan yang manis buat Annuar Musa. Cara terbaik untuk menutup mulut para pengkritiknya.

3. Bendera Che Guevara di Stadium Nasional. What's that all about?

4. Ikrar integriti oleh kedua-dua kapten pasukan agak kelam-kabut, macam budak-budak tadika.  Tak buat latihan ke? By the way, konsep intergiti tu idea siapa eh...FAM ke MSL Sdn Bhd?

5. Padang yang dikatakan "tidak elok". Kenapa agaknya eh? (Faham-faham je la).

-------
 
79,000 tiket telah pun dijual.

Kaunter di Stadium Nasional Bukit Jalil dibuka 40 minit yang lalu dan menjual baki 6,000 tiket bagi perlawanan akhir Piala FA Kelantan menentang Sime Darby FC.

Ramai yang akan berada di stadium, termasuk Annuar Musa. Beliau dipetik berkata di Bernama TV bahawa beliau boleh ke stadium dan "duduk di tempat VIP kerana beliau seorang Tan Sri atau di corporate box sebagai penaja pasukan Red Warrior".

"Tapi itu tidak penting, yang penting saya hadir di stadium untuk menyokong Kelantan."

Apa yang juga penting ialah aspek keselamatan di stadium malam ini. Masih ingat insiden yang berlaku ketika Malaysia lawan Singapura dalam kelayakkan Piala Dunia tahun lepas (Julai 28)? Seorang peminat Ahmad Jazimin Jalaluddin buta di mata kanannya apabila terkena serpihan mercun.

Ia menarik perhatian ramai sehingga artikel saya dipetik Yahoo UK.

Tapi apabila topik keselamatan muncul, visual di televisyen terus menayangkan aksi-aksi peminat Kelantan. Kesian, dah kena chop 'rebel'.

Takpe, peminat Kelantan yang semangat turun ke KL telahpun diberi ganjaran sebelum perlawanan bermula - berbentuk cuti esok. Dapatlah recover dari hangover bola. Hehe.

Jurulatih Sime Darby Ismail Zakaria pula tak malu mengaku pasukannya akan 'park the bus' malam ini.

 “We have come this far by ‘parking the bus’ in front of our goal and frustrating our opponents. It is a simple but effective game plan … provided they play to instructions. We go on the offensive with fast counter breaks when Ronaldinho is on the ball."

Saya masih ingat lagi apabila Sime Darby mengumumkan penglibatan mereka dalam kancah bola sepak di 2010. Artikel saya A New Yield yang disiarkan Mac 1, 2010 mengundang panggilan telefon daripada orang atasan Sime Darby. Tak puas hati kata mereka sampai dengar khabar tak nak advertise. Oh well....

Saya masih berpegang kepada artikel tersebut tapi pada masa sama ingin menucapkan syabas kepada Sime Darby kerana berjaya sampai ke final tahun ini.

Kepada Kelantan dan Sime Darby, selamat maju jaya dan tidak kira siapa menang atau kalah - moga-mogaan kita dapat menikmati good football malam nanti.

Gambar oleh Shaari Chemat, The Star

HD kata: Enjoyyyy.....

Comments

  1. kalaulah tiket tu habis,boleh dikatakan kejayaan untuk penganjuran piala FA, lawan kelab pun penuh stadium

    ReplyDelete
  2. Kelab sime darby lebih baik drp pasukan negeri...tu sbb habis....mereka tidak menang nasib....tetapi penuh dengan strategi....

    ReplyDelete
  3. Patut FAM kena siasat kenapa jumlah penonton dilihat melebihi kapasiti tempat duduk stadium kerana ada yang berdiri dan duduk ditangga. Sepatutnya jika mengikut bilangan tiket yang habis dijual 85,000 keping maknanya masih ada ruang didalam stadium. Perkara telah dibangkitkan oleh kelab penyokong Kelantan. Kawalan selamat tanggungjawab siapa? FAM atau polis atau perbandanan stadium.Kami kutuk penyokong yang tidak waras tapi kalau perkara ini ditangani lebih awal seperti kawalan ketat macam mana benda dilarang masih boleh diseludup ke stadium. Petugas keselamatan makan rasuah ke atau makan gaji buta.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

'Boikot jer'

The untold story of a kampung hero from Sentul - Coach Guna

Breast touched, coach masturbated in front of athlete, politician offered money for sex - damning allegations that must not be ignored