Kelab dianaktirikan?
Rasanya sebegitu. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan untuk tidak membenarkan kelab beraksi dalam Piala Presiden mulai tahun depan sehingga 2016 seperti yang tertera dilaporkan semalam . Menurut Bernama, Naib Presiden FAM Afandi Hamzah berkata keputusan itu dibuat Jawatankuasa Eksekutif FAM baru-baru ini yang bertujuan memberi peluang kepada pasukan negeri melahirkan lebih ramai pemain pelapis untuk diserapkan ke dalam skuad utama negeri masing-masing pada masa akan datang. Beri peluang kepada pasukan negeri? Bukankah baru-baru ini FAM ingin satu badan bebas untuk menganjur Liga-M bagi memenuhi matlamatnya menjadi liga profesional? Adakah ianya profesional untuk memberi 'peluang' kepada pasukan negeri dan menepikan kelab? Kenapa ada 'double standards'? Bukankah ini suatu lagi kes kelab bola sepak di Malaysia dianaktirikan? HD kata: Mungkin ada kelab yang gembira dengan keputusan ini kerana mereka tidak perlu mengeluarkan belanja lebih u...