Padang oh padang...

Setiap tahun kita mendengar perkara yang sama - keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil tidak dalam keadaan baik.

Kali ini juga skripnya sama. Oleh yang demikian, Persatuan Bola Sepak Malaysia terpaksa meminda venue perlawanan akhir Piala Malaysia ke Stadium Shah Alam.

Ini diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan semasa mesyuarat mereka baru-baru ini.

Yang agak aneh ialah jika ianya di panggil Stadium Nasional, stadium kebangaan negara, kenapa padangnya masih buruk? Padang merupakan aset yang penting. Cuba bayangkan sebuah kereta Ferarri tanpa engine?

Tetapi ada yang menyatakan bahawa stadium tersebut "terpaksa" menjadi hos kepada konsert dan pelbagai lagi aktiviti untuk mengaut keuntungan supaya duit tersebut boleh diguna pakai untuk kos penyelenggaraan.

Sudah tentu sesebuah stadium harus dibina dan dipakai dengan praktikal.

Saya masih ingat lagi sekitar tahun 2005 saya berada di Stadium Nasional bersama beberapa wakil dari Zoysian di mana mereka ingin memperkenalkan rumput yang dipanggil 'Marimo seashores paspalum'. Di dalam buku keterangan syarikat tersebut, ada sepucuk surat daripada FAM yang memuji syarikat tersebut dengan kerja-kerja naiktaraf di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Johor Baru.

Akan tetapi, saya juga masih ingat satu artikel The Malay Mail bertajuk 'Lost in a sea of grass' (April 28, 2006) yang mempertikai pengunaan seashore paspalum.

Enam tahun kemudian kita masih berbicara tentang keadaan padang di stadium tersebut.

Adakah masalah ini akan selesai? Atau adakah ini akan masalah ini akan berulang setiap tahun tanpa sebarang kesudahan?

Janganlah stadium Nasional yang sepatutnya lambang kebanggaan kita bertukar menjadi bahan jenaka.

HD kata: Hmm.....

Comments

  1. Maybe Udin n Idin rasa Selangor dpt msk final. Itu yang p tukar ke Shah Alam.

    Mmg x dinafikan keadaan padang yg teruk, tetapi FAM sepatutnya telah membuat percancangan yg rapi dgn Perbadanan Stadium spy event2 penting dpt dilakukan di SBJ.

    Mksdnya disini, dua2 failed dlm pengurusan...

    ReplyDelete
  2. To Anon. 8.55 am, Udin n Idin? I loike.

    Haresh, what if Selangor make it to the final? Wouldn't that give Selangor huge advantage over ATM/Lion? In this case FAM failed miserably (in fact in most cases pun).

    Pak Nik

    ReplyDelete
  3. 2-2 pihak ada mslh.....Perbadanan & FAM msg2 pk keuntungan shja.Cthnya Perbadanan akn bg organizer utk anjur konsert dll di ats padang wpn padang ditututp dgn kanvas & ianya blh sbbkn rumput rosak.Spptnya Final Piala Malaysia di adakan di SNBJ sbb ini liga kebanggaan kita semua.

    ReplyDelete
  4. tanam saja rumput lembu..terbaik

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

Papa win, papa win.

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'