Piya Oh Piya

Ia tidak ada kena mengena dengan lagu Hindustan Piya Piya Oh Piya Piya.


Ia lebih tertumpu kepada pemain Kelantan Badri Radzi (gambar) atau lebih dikenali sebagai Piya.

Terdapat pelbagai spekulasi mengenai Badri dan hubungannya dengan jurulatih kebangsaan K.Rajagobal.

Ini kerana Badri tidak pernah diberi peluang menyarung jersi negara walaupun beliau teringin sangat untuk beraksi dengan skuad Harimau Malaya.

Memandangkan seramai 11 pemain tonggak mengalami kecederaan, ramai peminat merasakan bahawa Badri sepatutnya diberi peluang bermain bersama anak buah Rajagobal untuk perlawanan kelayakan Piala Asia 2015 menentang Qatar di Doha pada 6 Februari.

Namun Badri giat berlatih dengan pasukan The Red Warriors manakala pemain kebangsaan kini di Dubai bersiap sedia untuk perlawanan persahabatan mereka dengan Iraq esok (1 Februari).

Rakan di Kota Bharu menyatakan bahawa Rajagobal dikatakan berminat dengan Nor Farhan Muhammad dan Badri, tetapi hanya Nor Farhan yang kemudiannya di panggil untuk menjalani latihan pusat di Wisma FAM.

Ada juga yang menyatakan bahawa Rajagobal lebih gemar melatih pemain-pemain yang beliau boleh "control".

Ada juga yang berkata Badri pernah diberi peluang tetapi menolaknya.

Untuk berlaku adil, setiap jurulatih harus diberi kebebasan untuk memilih pemain mengikut percaturannya.

Tidak guna mempunyai semua pemain bintang jika mereka tidak berkesan sebagai satu pasukan. Pasukan Belanda merupakan contoh yang sesuai dimana mereka mempunyai ramai pemain ternama tetapi masih terkapai-kapai untuk merangkul kejuaraan.

Seperti kata jurulatih Kelantan Bojan Hodak;

"Bagi saya Piya ialah pemain yang baik. Dia mempunyai kreativiti (tetapi) setiap jurulatih mempunyai stail tersendiri dan mungkin Piya tidak sesuai dengan itu."

Baca laporan selanjutnya di sini.

Jadi, siapa betul, siapa salah?

HD kata: Hmm...

Comments

  1. Jika dilihat pada senarai Rajagopala yang tercedera, majoritinya adalah dari kelompok yang membarisi AFF2012 (Safee, Matyo, Safiq, Amar) - (Wan Zack tidak dimasukkan dalam kategori ini).

    Apabila RG dipampang di serata akhbar dan TV akan hibanya kepada ketiadaan pemain tersebut, adakah ini bermakna, pelan asal Rajagopal adalah untuk menggunakan barisan yang hampir sama dengan barisan di AFF2012?

    Tambahan pula, artikel rujukan HD itu ada menyatakan,

    "Piya pernah diiktiraf laman web bola sepak terkemuka dunia Goal.com antara pemain terbaik dalam pasukan Asia bulan Oktober 2012"

    Maka saya syorkan kepada HD supaya menukarkan tajuk artikel kali ini daripada "PIYA OH PYA" kepada "RAJAGOPAL OH RAJAGOPAL".

    P/S seperti persoalan yang dilontarkan Azlan Johar dalam "FORMASI", apa sudah jadi kepada 70 pemain yang telah dipanggil dahulu? Bukankah ujian 70 pemain dahulu itu bermatlamatkan kelayakan Piala Dunia dan bukan AFF2012?

    p/s Terima kasih kepada Farhan yang cedera tetapi masih bersemangat untuk mewakili negara, bukan seperti beberapa orang yang lain....

    Kamarul

    ReplyDelete
  2. ala tak lama dah pun, habis kelayakan piala asia nie, tamat la kisah gopal sebagai jurulatih..

    ReplyDelete
  3. "Untuk berlaku adil, setiap jurulatih harus diberi kebebasan untuk memilih pemain mengikut percaturannya."

    Untuk berlaku adil, mandat Rajagopal bukankah sepatutnya disertakan dengan akauntabiliti?

    Kamarul

    ReplyDelete
  4. Baik tak payah main dgn team yang akan kalah......
    (nasihat saya utk Piya).
    Selagi Coach tak bertukar, selagi itu lah taktikal tak akan berubah.
    Kalah, kalah dan kalah..........
    Piala AFF bukan target. Piala Asia targetnya. Tapi sekarang dia cakap jgn menaruh harapan. Berbelit-belit.

    Pak Man a/l Pak Mat.

    ReplyDelete
  5. Whether Rajagopal selects Piya or not, to most of local football fans, Piya is the best creative midfielder/playmaker in Malaysia alongside with Nazmi Faiz. Bojan may be right that Piya may not fit into Rajagopal's set-up. That is because Rajagopal's type of play is based on "long-ball" ala Watford (normally it bypasses the midfield)whilst Piya is more suited to Ong Kim Swee type of formation which is currently being used by Kelantan (ala continental,Arsenal/Barca short passing and interchangeable position).This style was introduced to TRW by Dato M Karathu and ontinued successfully by Bojan.

    Piya doesn't need to prove to anyone that he's the best attacking midfielder in Malaysia. The fans know it and this is also supported by most of ASTRO football pundits (who were mostly ex-national players). To me as long as Rajagopal is still in charge, Malaysian should forget of hoping to see Piya donning Harimau Malaya's colours.

    To FAM, please be professional and don't "pilih-bulu" when selecting national players.


    Pak Nik

    ReplyDelete
  6. Pada saya he's one of the best & most of others also agreed with. Tetapi saya mohon utk berhentilah memberi komen mengapa Piya tidah terpilih. Kalau saya dan most of the fan sedih & kecewa mengapa Piya tidak terpilih. Bayangkan bagaimana sedihnya Piya dok baca aje komen dlm paper, FB & tweet. Sbg Fan saya tambah sedih bila baca komen yang negative yang kondem piya cth mcm bagus sangat ke piya tu? mcm la Piya tu minta semua orang dok bela dia...Cukup2lah...Selagi RG sbg coach & FAM masih tak berubah...tak payahla...buang masa aje...Bolasepak malaysia akan tetap mcm tu...susah nk maju...nampak macam makin nak kebelakang aje....

    ReplyDelete
  7. that's right..mmg jurulatih menginginkan pemain yg mengikut percaturan..tetapi jika langsung tidak berada di dalam skuad, menunjukkan pemain tersebut tidak berkualiti kerana pengganti utk pemain tengah yg dipanggil (ganti safiq) adalah muda dan masih kurang exp berbanding piya...

    mungkin ada masalah peribadi diantara mereka kerana piya walau sekali haram pn xpernah beraksi dalam mana-mana perlawanan persahabatan atau kompetitif bersama HM. So, macam mana peminat nk terima yg king gopal mengatakan piya tak boleh serasi dengan percaturan beliau..



    ReplyDelete
  8. 1. Most of our local coaches are not brave enough, and to be creative and innovative.. 1983, Frank Lord transformed zainal abidin hassan from fullback to be a striker..since then he became one of dangerous striker no only in Malaysia as well in Asia..
    2. Malaysia has enough football talent to be competitive in Asia but at the end is up to the national coach to decide..what we need is a coach with a creative and innovative mentality to utilise current resources that he have..Dollah Salleh may be?

    * Bastian Schweinsteiger played a different midfield role in Germany squad compared to his position with Bayern Munich..still waiting somebody to transformed Baddrol Bakhtiar to play a Bastian Schweinsteiger role in Germany squad for Harimau Malaya...

    Rai

    ReplyDelete
  9. Agree with Bojan Hodak that maybe Piya isnt fit well with the RG's style of football. RG prefers combats/ball winners in the midfield rather than a true final passer. And Safiq Rahim obviously not that type, mostly he does is long ball passing & hoping for miracle happens. Well, luck is not always in your side.

    Stannero

    ReplyDelete
  10. Kalau boleh tanya dan harap-harap, boleh dijawab.

    Kenapa penulisan majoriti pengamal media lebihkan fokus kepada Piya dan bukan Rajagopal? Pukul anak sindir menantu? Atau ada kekangan lain?

    Saya tanya sebab saya tahu Piya bukan jenis "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong".

    Point to ponder : selain bermain di Liga Malaysia, Singapura juga berpeluang bermain di pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia selepas mengalahkan Malaysia pada tahun yang sama. Bukankah ini juga menyumbang kepada kebolehan Singapura menjuarai Piala AFF 2012?

    Untuk berlaku adil, berapa banyak "tak apa" yang perlu kita beri kepada Rajagopal? Sehingga habis kontraknya kah?

    Dan kenapa tiada pengamal media yang mahu membincangkan kualiti kerja Subahan Kamal?

    p/s Berapa banyak "tak apa" yang telah diberi kepada Wan Jamak dan Azrai Khor suatu masa dulu?

    Kamarul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengamal media takut digantung selama beberapa tahun sebab mengkritik Rajaglobal. Setelah difikir-fikirkan semasak-masaknya sedalam-dalamnya dan selama-lamanya elok la Piya tak payah bermuram durja sebab tak main di bawah kendalian Rajaglobal. Elok demo tolong TRW main dalam Liga M dan Piala AFC. AFC Cup pun game peringkat antarabangsa. Geng..Subhan pun harap tumpang tui Rajaglobal masa menang AFC Cup..diapun bukan tau pasal bola tu sebab dia tak berani nak 'sumbang' suara dalam team. Puppet je dia tu...

      XABI ALONSO
      LARKIN

      Delete
  11. Sokong Pak Nik.

    Apa maksud Piya tak sesuai dengan setup team Gopal?

    Well, jawapan aku style football under Rajagopal adalah predictable. Long pass harapkan winger dan striker kejar bola. midfield kerja kejar je bola sambil bertahan too deep, bila dapat terus hantar jauh2 untuk winger/striker kejar.

    ReplyDelete
  12. lor...nape baru sekarang nak bising nape piya tak terpilih....bukanke safiq rahim yang dipilih memenangi anugerah midfield terbaik hari tu.....rasanya pemilihan tu bukan rajagopal sorang yang jadi tukang pilihnya....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tickets for Kuala Lumpur Masters Malaysia Super 100 2023 now available

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'