Penyokong Tok Gajah bayar nazar

Penyokong Tok Gajah bayar nazarSeorang peminat setia Tok Gajah tekad berjalan sejauh 280 kilometer (km) dari Kuantan ke Stadium Shah Alam bagi membayar nazar berikutan kejayaan skuad Pahang menjuarai Piala Malaysia musim ini.

Abdul Majid Abdul Hamid, 57 mula berjalan pada 6.45 petang dari Masjid Negeri, pada Nov 6.

Pengawal keselamatan itu memberitahu, doanya makbul apabila pasukan kesayangannya itu menewaskan Kelantan, 1-0 di final.

“Saya bayar nazar kerana doa saya untuk melihat Tok Gajah merangkul Piala Malaysia dimakbulkan ALLAH SWT."


Baca selanjutnya di sini.

HD kata: Respect!

Comments

  1. Memang Respect!

    Pada masa yang sama sebagai penyokong, kita juga harus memahami betapa palsunya b.sepak Malaysia.
    Kejujuran dan keikhlasan yang di pamerkan sdr. Abdul Majid Abdul Hamid, menampakan betapa dalamnya kepercayaan yang ada pada beliau ke atas pasukan Pahang, secara khusus dan b.sepak Malaysia secara am.

    Bolasepak Malaysia belum lagi bersih dan benar. Ianya masih boleh di pertikaikan. Permainan yang di pamerkan serta keputusannya masih boleh disyaki dan di pertikaikan.
    Oleh yang demikian kita mesti faham dlm perasaan kita melibatkan doa - Kita perlu elak mendoakan kejayaan terhadap mana2 pihak, apabila wujud kepalsuan. Kita boleh mendoakan agar pihak2 yang berkenaan kembali ke jalan yang benar.

    Apa2 pun, saya, amat2 menghormati pengorbanan yang di pamerkan sdr, Abdul Majid, biarpun beliau tidak tahu realiti sebenar b.sepak Malaysia.


    HSKL kata: Syabas Sdr, Abdul Majid Abdul Hamid. Pengorbanan sdr pasti di catit dlm sejarah b.sepak Malaysia.


    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

Papa win, papa win.

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'