Kelantan juara Piala Malaysia

ATM 2 Kelantan 3.

Itu merupakan skor perlawanan akhir Piala Malaysia malam tadi.

Norshahrul Idlan Talaha (dua gol) dan Indra Putra Mahayuddin menjaringkan gol-gol Kelantan. Rezal Zambry dan Marlon Alex James pula menjaringkan gol-gol ATM.

Walaupun ramai inginkan 'fairy tale' run daripada ATM namun Kelantan menunjukkan bahawa mereka merupakan pasukan terbaik musim ingin dengan memenangi 'treble' - Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Banyak insiden suka-duka yang dilalui Kelantan sejak musim 2012 bermula. Daripada penggantungan presiden Kelantan FA (Kafa) Annuar Musa, insiden bekas jurulatih Peter Butler sehingga ke denda RM40,000 dua hari sebelum final Piala Malaysia.

Musim ini juga memperlihatkan kemasukan pemain-pemain import dan juga pasukan dari seberang tambak -LionsXII.

Ada juga yang menyatakan bahawa pertembungan final Piala Malaysia merupakan pasukan ATM-FAM lawan Kelantan!

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang cemerlang sepanjang musim 2012. ATM, yang dibarisi pemain-pemain berpengalaman merupakan juara Liga Premier dan sudah tentu akan menjadi pasukan pilihan bila bermain di Liga Super musim depan.

Dan yang penting sekali, peminat-peminat bola sepak tanahair di sajikan dengan perlawanan yang sengit di final malam tadi.

HD kata: Musim yang memang menarik.

Comments

  1. Jika HD belum tahu,

    Di Kelantan, lagi ditekan, lagi dilawan.

    Orang lain tak akan terfikir nak bayar denda dalam bentuk duit syiling (isu kos mesyuarat penggantungan Annuar Musa).

    Jika ada yang mulakan kempen, tidak hairan jika RM40,000 akan dibayar dengan duit kecil.

    Gomo Kelate Gomo.

    p/s bukan nak menunjuk-nunjuk, tapi media patut ketengahkan aktiviti peminat di Kelantan. HD tahu tak, sponsor di Kelantan proaktif dengan aktiviti penyokong. Bukan stakat big screen tapi juga produk bertema bola, forum dengan pemain lama (Dali), games semasa sebelum perlawanan, games semasa rehat pertengahan permainan dan lain-lain. Sekali lagi bukan nak menunjuk-nunjuk tetapi untuk memeriahkan SEMUA stadium pertandingan.

    Kamarul

    ReplyDelete
  2. HD U terlupa lagi satu pasukan ATM-FAM-(?) lawan Kelantan, U carilah sendiri and tell me....

    ReplyDelete
  3. kelantan this season is, BY FAR, msia's best team. they managed to finish almost 20 points above msia's 2nd best team (S'ngor) in Super League, & last nite won Piala Malaysia playing w/out 2 of their best performers in the competition, Ghaddar & Norfarhan. & don't forget that they had to play more (tougher) games in AFC Cup, than any other teams.

    2 names were mentioned as their heroes last nite; Norshahrul & Indra. But do u realise that all the assists were provided by 1 man. PIYA the captain, & most probably their most important player for whole season. He is the playmaker, link man, final passer, free-kick/corner-kick taker & goalscorer. & he is a good dribbler & can even score from open play (unlike our own national team captain who seems can score from set-pieces only). so why is this guy, which is in the form of his life, is not playing for Msia? pilih kasih, perhaps? (i'd love to see this guy winning the Supermokh MVP award this season)

    (HD, where was coach Rajagobal last nite, was he in the stadium?)

    amar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajagopal pernah sebut dulu, dia tak mahu ambil pemain yang "sudah tua" kerana pada Piala Asia 2015 nanti, dikhuatiri pemain berkenaan sudah berumur dan turun prestasinya.

      Soalan pada Rajagopal:

      1.Ada tengok ATM main? Hai-O pada separuh akhir dan akhir, main 120 minit, ada prestasinya menurun?

      2.Piala Asia pada 2015 tapi pusingan kelayakannya bermula pada 2013. Barisan utama sekarang (dikira yang tetap dan tidak termasuk yang bertukar-tukar) boleh diakui sebagai "dream team" pada 2015 tetapi adakah mereka yang terbaik pada 2013? Berapa ramai pemain yang kini dalam lingkungan umur 28-32 tahun yang tidak dipandang?

      3.Ong Kim Swee yang sering mengalami masalah pinjaman pemain dari Harimau Muda ke Harimau Malaya semasa menghadapi kejohanan antarabangsa, hanya perlukan paling banyak dua minggu untuk mencari pemain baru dan masih mampu jadi juara ie di Vietnam malah berbekalkan dua midfielder berumur 16 tahun. Sebagai jurulatih utama negara, tidak malukah dengan kebolehan Ong Kim Swee?

      p/s Bukan setakat Piya, Farhan juga bila nak panggil? Marzuki dari Terengganu juga macam mana? Khabarnya Marzuki dah mula berlatih. Apa pula Rizal dari ATM? Jika benar-benar mahu eksperimen, pemain seperti Piya, Indra dan Hai-O patut di uji berdasarkan prestasi dan bukan dengan menghadkan faktor umur.

      p/s Saya bukan pakar dalam mencari maklumat, mungkin HD boleh dapatkan perangkaan, skuad Bahrain, Qatar dan Yemen, berapa ramai pemain skuad nasional mereka yang berada dalam lingkungan umur 28-32 tahun.

      p/s Dear Amar, I never came across any news stating Rajagopal attending a Malaysian League match, unlike Roy Hodgson.

      Kamarul

      Delete
  4. Agreed with Amar & Kamarul. I was at the Shah Alam Stadium that nite but upon watching the replay the next morning, I do agree with you guys that can't Rajagopal there. I also didn't see FAM's Deputy President 1 there?

    However, with regards to the old players, I do agree with Rajagopal that we should look into the future. Forget about Hai-O, Indra etc but I bet norfarhan and Piya can still play for the national team.

    Pak Nik

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tickets for Kuala Lumpur Masters Malaysia Super 100 2023 now available

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'