Isu NS Betaria: Dimana silapnya?

Sekali lagi banyak peroalan timbul berkenaan isu NS Betaria bermain dalam Liga M 2013. Kelab Negeri Sembilan tersebut telah disingkirkan oleh Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) beberapa hari yang lepas.

Namun, terdapat berita bahawa keputusan tersebut telah ditarik balik semalam dan NS Betaria kini akan beraksi dalam Liga M musim depan.

Persoalannya;

1. Apakah alasan FAM untuk menyingkirkan NS Betaria?

2. Adakah jawatankuasa atau individu-individu dalam FAM mempunyai bukti tentang sebarang "kesalahan" (jika ada) yang dipercayai dilakukan oleh NS Betaria sehingga mereka perlu disingkirkan?

3. Awal tahun ini 11 pemain Piala Presiden Negeri Sembilan tidak dibenarkan terlibat dalam bola sepak kerana dipercayai terjebak dalam rasuah bola sepak. Mengapakah pasukan tersebut tidak disingkir dari bermain dalam Liga M?

4.Sebanyak 10 pasukan dalam Liga M tidak membayar KWSP, Pertubuhan Keselamatan Sosial dan cukai pendapatan pemain masing-masing yang keseluruhan berjumlah RM2.1 juta. Sudahkah mereka melangsaikan hutang mereka sebelum 23 Nov? Jika tidak adakah mereka akan disingkirkan?

5. Adakah benar bahawa seorang pegawai FAM telah diberi amaran oleh pihak NS Betaria bahawa tindakan undang-undang akan diambil jika FAM tidak menyatakan sebab NS Betaria disingkirkan?

6. Jika NS Betaria kembali ke Liga Perdana, bagaimana pula dengan UiTM FC yang dipelawa menggantikan NS Betaria seperti diputuskan oleh FAM?

7. Adakah FAM benar-benar silap dalam keadaan ini?

HD kata: Sekali lagi saya dengan rendah diri mohon dapat penjelasan dari pegawai-pegawai FAM yang arif lagi bijaksana.

Comments

  1. Another hot issue by FAM..kemon la FAM, pls be professional and transparent. We are really tired with all the rubbish that u created.

    UDIN n co. U must remember, all the bad things will get punishment. Just a matter of time...

    Kemahkemim...

    ReplyDelete
  2. Kelam kabut........tak profesional langsung!
    Bila nak berubah?
    Bagi lah org lain pula...........

    ReplyDelete
  3. In-order to fix matches more easily the interested parties must have teams participating in the FAM set-up including officials...

    If i was given a chance, I'll be glad to provide assistance to proof match fixing by studying and analyzing videos of all the matches played in the league with questionable performance including the match officials...

    BOLEH TAHAN!!!?

    ReplyDelete
  4. Hehehehe i like the part where HD says, yang arif lagi bijaksana...kekekekeke
    Pablo

    ReplyDelete
  5. Masih menunggu, berapa jumlah yang akan FAM tetapkan kepada Mat Yo sebagai nilai pampasan yang perlu dibayar kepada KAFA.

    Terutamanya samada nilai kos penajaan akan dimasukkan ke dalam formula pengiraan.

    Ia akan jadi precedence kepada kes-kes pada masa akan datang.

    Bakal-bakal penaja tentu nak tahu.

    Kamarul

    ReplyDelete
  6. adakah FAM telus dalam menjalankan tugas?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tickets for Kuala Lumpur Masters Malaysia Super 100 2023 now available

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'