Mana gaji pemain Perlis?

Tak payah nak berlagak ada pasukan bola sepak. Nak main dalam liga, tapi duit tarak!

Tak payah nak berangan beli 'Ferrari', 'Nissan GTR' recon pun tak mampu. Beli 'Kancil' second hand model tahun 2001 pun cukup lah.

Tapi pasukan yang bermain dalam liga-M ini impian besar. Nak angkut player mahal-mahal. Takde duit takpe, duit kerajaan negeri kan ada?

Ingat duit kerajaan negeri, iaitu duit Rakyat tu bapak hang punya ka? Daripada sponsor pasukan bola, baik repair jalan, lampu jalan.

Persatuan Bola Sepak Perlis dah mengaku memang dah pokai. Katanya tengah berusaha cari wang, harap-harap duit kerajaan negeri. Gaji pemain tertunggak, dah masuk bulan ketiga main tanpa gaji.

Bulan Ramadan dah nak tiba. Raya pula awal Ogos. Takkan nak recycle baju Raya tahun lepas. Mana glamour bro?

Masih nak berangan main dalam Liga-M? Tutup kedai jer la.

Baca mukasurat belakang The Malay Mail hari ini.

HD kata: Kononnya pasukan-pasukan bola sepak di Malaysia semua ada duit, tapi hakikatnya memang takde duit.





Comments

  1. Standard la cho..... Masa berjanji ..... Masa sign semua indah.... Ambik player tak kira kantung persatuan sendiri...... Sudahnya.... Yang jadi mangsa.... Player jugak.... Terlalu berharap pulak dgn Kerajaan Negeri..... Takde inisiatif nak cari sponsor sendiri....

    ReplyDelete
  2. Memalukan la! sebagai pencinta sukan, ke mana lagi kita boleh tgk sukan Malaysia berkembang. Layan La Liga sama EPL je lah!!!

    MEREKA SEMUA BINGAI!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tickets for Kuala Lumpur Masters Malaysia Super 100 2023 now available

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024