FAM: 'Tidak berasas untuk dakwa individu buat keputusan sendiri'
PENJELASAN
MENGENAI PROSEDUR LATIHAN DI LUAR NEGARA
Berasaskan kepada laporan sebuah akhbar berbahasa Malaysia berhubung Kem Latihan
Pasukan Bolasepak Kebangsaan di Australia, FAM dengan ini terpanggil
untuk menjelaskan tentang prosedur bagaimana keputusan dibuat untuk
lawatan tersebut
Tujuan penjelasan ini adalah supaya media tidak lagi
menyiarkan laporan-laporan yang tidak berasas dan palsu yang mendakwa
kononnya ada individu atau pihak tertentu yang mendapat keuntungan atau
meraih habuan daripada program itu.
Di peringkat pertama, permohonan untuk Kem Latihan
di luar negara akan di kemukakan oleh Ketua Jurulatih dengan persetujuan
Pengurus Pasukan kepada Sekretariat FAM.
Sekretariat FAM seterusnya akan mempersembahkan permohonan
serta anggaran perbelanjaan kepada KDYMM Tuanku Presiden FAM merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Pasukan-Pasukan Kebangsaan, Sultan Haji
Ahmad Shah untuk diperkenan Baginda
Hanya selepas di luluskan oleh KDYMM Tuanku Presiden
FAM, dan sesuai dengan kemampuan kewangan FAM, barulah pasukan berkenaan
akan membuat persediaan selanjutnya untuk Kem Latihan di luar negara.
Prosedur yang sama dipraktikkan untuk semua Pasukan-Pasukan
Kebangsaan.
Jadi, adalah sama sekali tidak berasas untuk mana-mana
pihak mendakwa bahawa ada individu atau pihak tertentu membuat keputusan
secara tersendiri.
Pada kesempatan ini FAM mohon kerjasama dari
pihak media untuk mendapatkan penjelasan terlebih dahulu dari
FAM sebelum melaporkan berita-berita yang berunsur negatif dan
tidak berasas.
Berita-berita tidak berasas seumpama itu memberi tanggapan negatif
terhadap FAM.
Sekian, terima kasih.
Comments
Post a Comment