Artikel 88 kembali lagi

"Saya sibuk cari duit bagi membayar gaji pemain dan saya tidak ada masa untuk melayan FAM sebab gaji pemain, mereka (FAM) tak tolong bayar."

Berikut merupakan kata-kata presiden Persatuan Bola Sepak Perlis Shahidan Kassim melalui khidmat pesanan ringkas kepada Bernama

Ini berkenaan surat yang dikeluarkan Jawatankuasa Tatatertib FAM kepada Shahidan yang dikatakan melanggari Artikel 88 Statut FAM.

Ya, Artikel 88 kembali lagi.

Musim lalu, Annuar Musa menjadi mangsa Artikel yang sama.

Banyak yang diperkatakan namun Artikel tersebut masih tetera didalam Statut FAM.

Jangan salahkan jawatankuasa yang terlibat kerana mereka hanya mengikut undang-undang yang sedia ada.  Mereka yang berlajar undang-undang tahu 'a bad law is still law'.

Annuar Musa dan Shahidan menjadi mangsa. Siapa pula selepas ini? Mungkin kita harus pastikan mereka yang pandai membodek juga terperangkap dalam Artikel 88 supaya mereka sedar bahawa mereka sebenarnya mempunyai kuasa untuk membuat perubahan daripada terus mengendahkannya.

Ingat - esok mungkin anda menjadi mangsa.

Ada yang berkata bahawa semua pegawai harus bercakap dengan nada yang sama. Benar, jika pegawai-pegawai merupakan Pak Turut. Tidak guna mempunyai 100 naib presiden dan sejuta ahli majlis jika tiada sesiapa berhak bersuara.

Akan tetapi ada juga dikalangan mereka harus dipersalahkan. Masa mesyuarat bukan main bodek, bila keluar bilik mesyuarat kuat mengutuk!

Dan kenapa subjek Artikel 88 tidak diketengahkan semasa mesyuarat Kongres tahun lepas? Takut? Malas? Tidak penting?

Sekarang terimalah akibatnya.

HD kata: Berharap ahli majlis mengunakan kuasa untuk kebaikan bola sepak dan bukan hanya untuk kebaikan peribad.

Comments

  1. Bravo HD! This is the kind of writing that the fans want. NO FURTHER COMMENTS

    Pak Nik

    ReplyDelete
  2. saye sibuk cari duit byar utang along

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tickets for Kuala Lumpur Masters Malaysia Super 100 2023 now available

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'