FAM kecewa

TERKINI (8.38am): Baca laporan Harian Metro "Eaton ada maklumat" dan laporan Mailsport "Not impressed at all"

------

Nampaknya kunjungan pegawai keselamatan Fifa Chris Eaton dan teman-temannya ke Wisma FAM semalam tidak membuahkan sebarang hasil kepada pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Malah FAM kini kecewa dengan Chris yang dikatakan gagal memberi maklumat atau sebarang penjelasan terhadap kenyataannya terhadap pegawai FAM.

Chris, yang dipetik akhbar Straits Times Singapura bulan lepas, berkata terdapat beberapa pegawai FAM yang mungkin mengatur perlawanan.

Ini menyebabkan FAM melenting dan menyuruh Chris mengemukakan bukti. Chris berkunjung Wisma FAM semalam tetapi gagal memberi sebrang penjelasan seperti tertera dalam laporan Mailsport hari ini.

Berikut adalah kenyataan FAM yang diemel kepada pihak Media semalam:

PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA

SIARAN MEDIA 5 MARCH 2012

FAM KECEWA DENGAN PENJELASAN CHRIS EATON


Pegawai Keselamatan FIFA, Chris Eaton bersama dua orang pegawainya telah mengadakan perjumpaan dengan Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Malaysia di Wisma FAM hari ini.

Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah bagi mendapat penjelasan dari Chris Eaton mengenai kenyataannya yang disiarkan oleh akhbar Straits Times di Singapura pada 16 Februari 2012 lalu, yang mendakwa bahawa ada di kalangan pegawai pentadbiran FAM terlibat dalam gejala mengatur perlawanan.

Bagaimanapun, FAM kecewa kerana Chris Eaton tidak memberi maklumat mahupun bukti bagi menjelaskan kenyataannya itu, sebagaimana yang diharapkan, sebaliknya hanya sekadar menyatakan bahawa kenyataan itu dibuat berdasarkan dakwaan oleh pihak tertentu dan penyiasatan masih dijalankan oleh pihak FIFA.

Beliau tidak menjelaskan tentang dakwaan itu mahupun mengenai pihak yang membuat dakwaan yang dimaksudkan.

Chris Eaton mengambil kesempatan perjumpaan singkat hari ini untuk memalkumkan bahawa beliau akan meninggalkan FIFA dan bertugas dengan sebuah agensi lain di Qatar tidak lama lagi.
Jawatankuasa Integriti FAM dipengerusikan oleh Tan Sri Aseh Che Mat.

Turut hadir dalam perjumpaan hari ini ialah wakil Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Tuan Haji Shamshun Bin Mohd Jamil dan wakil Polis diRaja Malaysia (PDRM), DSP Tan. Dua orang pegawai yang mengiringi Chris Eaton ialah Terry Steans dan Michael Pride.

Sekian, terima kasih.

HD kata: Hmm...

Comments

Popular posts from this blog

Tickets for Kuala Lumpur Masters Malaysia Super 100 2023 now available

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'