Chong Wei "sakit" hati?

TERKINI April 19 10.51am: Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Zolkples Embong, dipetik akhbar Berita Harian, berkata;

“Kalau orang yang mungkin berpendapatan RM2 hingga 3 juta setahun, ganjaran RM20,000 ini mungkin tiada nilainya.”

Ouch.
-------
Anugerah Sukan Negara 2011 sekali lagi milik pemain badminton negara Lee Chong Wei.

Tapi Chong Wei tidak kelihatan di majlis tersebut semalam.

Kenapa eh?

Masih sakit bahu atau sakit hati?

Ramai yang ingat Chong Wei akan menang tahun lepas tetapi para "juri" (atau seorang juri) merasakan pelumba basikal Azizulhasni Awang merupakan olahragawan terbaik sepanjang 2010.

Azizulhasni asal Terengganu. Guest of honour Yang di Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin merupakan Sultan ke 17 Terengganu. Menteri Sukan Ahmad Shabery Cheek pun dari Terengganu. Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara pun dari Terengganu.

Hanya kebetulan? Or seperti kartun Thundercats (actually it is Transformers), adakah ia "more than meets the eye?"

Jeng jeng jeng!

So sebelum segelintir pihak tuduh Chong Wei "sudah lansi", check dulu betul-betul kenapa dia tak pergi.

p/s: No disrespect buat Azizulhasni - seorang atlit yang cukup kaliber dan merupakan antara atlit terbaik di Malaysia.

Senarai penerima anugerah

Olahragawan Kebangsaan - Lee Chong Wei (Badminton)

Olahragawati Kebangsaan - Pandelela Rinong (Terjun)

Pasukan Lelaki Kebangsaan - Memanah :
Cheng Chu Sian
Khairul Anuar Mohamad
Haziq Kamaruddin

Pasukan Wanita Kebangsaan - Renang :
Katrina Ann Abdul Hadi
Png Hui Chuen
Lee Zhien Huey
Yeo Pei Ling
Tan May Mei
Mandy Yeap Mun Xin
Tasha Jane Taher Ali
Gan Zhen Yu
Lee Yhing Huey
Emanuelle Mah Thil Da

Olahragawan Paralimpik Kebangsaan - Allahyarham Muhamad Salam
Sidik (Memanah)

Olaharagawati Paralimpik Kebangsaan - E.Hemaladevi (Olahraga)

Jurulatih Lelaki Kebangsaan - Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan (Berbasikal)

Jurulatih Wanita Kebangsaan - Rosniza Abu Bakar (Gimrama)

Anugerah Kepimpinan Sukan - Kee Yong Wee (Wushu)

Anugerah Khas - Shaharudin Jaffar (Berbasikal)

HD kata: PKNS kena belasah 5-0 oleh LionsXII...ish ish ish...

Comments

  1. Er, Transformers la sir.
    Heheh ... tapi conspiracy theory terbaik pagi ni. ^_^

    ReplyDelete
  2. Suggest Dato' Nicol & Dato' Lee CW be awarded a separate award. By the looks of it as long as they are both around; no other athlete can outshine them. While I am glad Pandelela won; by merit isn't being the world no 1 a defining achievement.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

'Boikot jer'

Breast touched, coach masturbated in front of athlete, politician offered money for sex - damning allegations that must not be ignored

New parents unhappy with Tung Shin Hospital's policy