Sultan Ahmad tidak bersetuju anak jadi orang tengah.

Sila baca laporan Bernama dibawah.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah tidak bersetuju dengan cadangan Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk menjadi perantara dalam krisis penggantungan Tan Sri Annuar Musa selama dua tahun enam bulan.

Sultan Ahmad yang juga Sultan Pahang bertitah sebagai Presiden FAM baginda perlu menyokong hukuman yang telah dijatuhkan terhadap Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM kerana ia tertakluk kepada perlembagaan FAM.

"Saya sudah bersetuju dengan hukuman yang dijatuhkan terhadap Annuar, kemudian mahu sokong pula cadangan (Tengku Abdullah) nak jadi orang tengah, ini tidak betul.

"Saya mesti sokong hukuman terhadap Tan Sri Annuar Musa dan persatuan bola sepak saya. Saya merupakan Presiden, peraturannya ada, jadi Annuar kena tunggu. Bukan Annuar seorang, sebelum ini ada orang lain lagi yang kena (tindakan)," titah baginda kepada pemberita pada majlis perasmian Program Penghijauan Pahang di Pulau Beram di sini hari ini.

Tengku Abdullah dalam satu kenyataan semalam memberi reaksi dengan nasib Annuar selepas didapati bersalah oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana mengkritik skuad bola sepak negara.

Sultan Ahmad Shah turut menasihati supaya pihak yang berkenaan tidak terlalu bebas meluahkan pandangan tetapi bertindak mengikut perlembagaan.

"Kita merdeka, tapi kena ikut perlembagaan. Saya sendiri tak berani cakap, kalau kita tidak ikut (perlembagaan), siapa lagi. Orang luar, tentu tidak," tegas baginda.

Baginda juga menafikan dakwaan Annuar kononnya diminta oleh FAM menerusi e-mel untuk membayar kos perbelanjaan mesyuarat jawatankuasa tersebut yang bersidang 4 April lalu.

"Itu bidaah (tidak betul). Kena bayar untuk apa sedangkan mesyuarat diadakan di FAM. Saya akan hubungi Setiausaha Agung untuk pastikan betul atau tidak perkara ini," titah baginda.

HD kata: Hmm...

Comments

  1. So haresh, mcm bercelaru je dalam FAM.? S/U Agung tu mcm terlebih sudu dari kuah.

    ReplyDelete
  2. FAM oh FAM...dah macam kartun... UDIN & IDIN...

    kahkahkah...

    ReplyDelete
  3. hi haresh..I took this comment from Sdr MDfaizal at SuaraSukan 1mas..I think this Q applicable to U as well..do U have an answer for this?

    "oleh kerana bro adalah ex-wartawan media perdana. saya ingin bertanya:

    Mengapa begitu sukar sekali nak baca/dengar berita yg kritik direct Presiden FAM??? Kenapa kalau bola kalah, yg selalu dikritik adalah jurulatih & pemain??

    Tetapi kalau badminton, takraw, olahraga antaranya kalau tak perform. Media perdana ni berani keluar berita kritik Presiden BAM, PSM, KOM. Cakap tak bagus, kurang idea, suruh letak jawatan dsb.

    Tetapi knp dgn FAM tak berani? FAM dah gagal dr 1984 dengan presiden sekarang."

    credit to MDFaizal...brilliant Q...

    ReplyDelete
  4. http://www.facebook.com/Malaysian.Lawyers.Football

    ReplyDelete
  5. ni semua politik kerabat pahang je aku rase.. sebab sultan pahang dah mule sedar yang die xkn lme lg dkt FAM..so sape lg yg akan ganti die kn kalau bukan anak die..so nak buat org malaysia semua suke dkt anak die..die buat la mcm ni..konon2 nye anak die ni x mcm bpk die..aku rase jela kn...mybe who know..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tickets for Kuala Lumpur Masters Malaysia Super 100 2023 now available

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024