Warkah terbuka buat TMJ

TERKINI 1.58pm: Saya membuat andaian bahawa TMJ telahpun membaca warkah saya berdasarkan apa yang Tuanku tulis di akaun Twitter-nya 30 minit yang lalu (gambar).

------

Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun.

Harap Tuanku sihat walafiat dan seronok berlatih polo di Argentina. Patik belum sempat lagi menjejakan kaki ke benua Amerika Selatan tetapi berharap suatu hari nanti patik dapat menunggang kuda dari Chubut River Valley ke semenanjung Valdes sambil menikmati sajian seperti empanada mahupun locro.

Sudah tentu Tuanku masih ingat lagi pertemuan kami di Johor Baru baru-baru ini. Semasa asyik berbicara mengenai bolasepak, kereta serta motor berkuasa tinggi, Tuanku ada sentuh mengenai Persekutuan Olahraga Malaysia (POM).

Patik masih ingat lagi apabila Tuanku berkata beberapa wakil dari persatuan-persatuan negeri menghadap Tuanku untuk mengambil alih jawatan presiden POM. Patik dengan segera berkata; “Don’t waste your time. They are beyond repair. Tuanku might as well concentrate on Johor FA.”

Patik berkata sedemikian kerana rakyat telah terlalu lama mendahagakan kejayaan oleh para atlit negara. Sayang sekali rekod-rekod lama seperti rekod 20.92 saat oleh Dr M.Jegathesan dalam acara 200m di Sukan Olimpik Mexico 1968 masih belum dapat diatasi sehingga kini.

Lebih teruk lagi, skandal 'doping' kini menyelubungi POM di mana atlit-atlit negara berkata mereka disuruh mengambil pil-pil 'merah jambu' dan suntikan yang dipercayai bahan terlarang oleh jurulatih dan pegawai. Jika Tuanku tidak percaya, patik sudi memberi salinan laporan 'Investigative Interview of Athletes who did not attend Out of Competition Urine Test by ISN' yang telah dihantar ke presiden POM Shahidan Kassim pada Sept 27, 2011.

Akan tetapi patik amat terkejut apabila melihat laporan Bernama yang memetik presiden Persatuan Olahraga Johor Mohd Rashidi Mohd Noor berkata; “Tunku Ismail bersetuju dengan percalonnya ke jawatan tertinggi POM itu selepas ia diperkenankan oleh Sultan Johor.”

Patik tidak ingin mempersoalkan keputusan Tuanku. Tetapi Tuanku harus sedar bahawa POM tidak semudah Johor FA. Bahkan, Tuanku akan sedar bahawa kebanyakkan pegawai atau ahli majlis samada di peringkat negeri mahupun di badan induk, loosely said - tak boleh pakai.

Mereka ingin menjadikan Tuanku sebagai boneka. Jika Tuanku benar-benar ingin mengambil alih pentadbiran POM, patik ucapkan selamat maju jaya. Tetapi susah juga untuk para Media berkerja jika draf temubual Tuanku harus diperhalusi peguam Tuanku dahulu sebelum ianya dicetak.

Patik pasti Tuanku akan lebih berpuas hati membimbing pemain-pemain Johor FA dan menaikkan martabat bolasepak Johor seperti dahulu kala.Daripada pertemuan dua jam kami dulu, patik dapat melihat keghairahan Tuanku apabila bercakap mengenai bolasepak.

Patik tidak ingin mengambil banyak masa Tuanku. Patik berharap dapat sekali lagi menghadap Tuanku apabila Tuanku pulang dari Argentina nanti. Harap-harap kali ini Tuanku dan patik dapat berkonvoi dengan motor masing-masing ke Desaru atau ke Kukup untuk menikmati makanan laut.

Patik menyusun jari memohon maaf jika tersilap tulis. Patik hanya ingin mengkhabarkan keadaan sebenar olahraga Malaysia.

Patik akhiri dengan ucapan terima kasih.

Haresh Deol

Comments

  1. hehehehe alamak macam familiar lah surat ni...surat terbuka ala-ala open letter the malay mail satu hari dulu hahahahha...

    so how? unfortunately haresh by now we all know people seldom listen to the media. hahahahah

    ReplyDelete
  2. bro, u do have the guts... if i had the chance like u, i will also hope TMJ will fokus on JFA instead POM!(does sounds like little grenade) the best time to rebuild POM is once all the committees is band from from the sport organisation. at this time around there is only 2 groups in POM, the backscrather of shahidan and the haters....

    p/s: TMJ should learn something from Pahang Rayalties....

    ReplyDelete
  3. So MAU has decided that the President is the problem....LOL. Saw the photograph of the secretaries in another blog. Please pass this message to His Highness the TMJ; those are the guys who are going to give him the short end of the stick. Dato' Shahidan; you thought polticians could play the game.....they met these guys....

    ReplyDelete
  4. tolong buat surat terbuka kepada en khawari dan en risal.

    ReplyDelete
  5. Menulis lebih mudah dari memegang wisel

    ReplyDelete
  6. hahaha siapa mau buat surat terbuka kepada rizal hashim? silakan. silakan hahahahahahahahahahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. en rizal! why is your blog not updated? "saya kalau tak dapat kicap cap jalen, tak lalu nak makan..." hehehheeee....

      Delete
  7. ala...bg karim la pulak jd presiden...baru sempurna kisah kom....hahaha....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Pelepasan cukai tambahan untuk pembelian alatan sukan, sewaan fasiliti sukan antara cadangan untuk Bajet 2024

Papa win, papa win.

From 'Mr P' to 'Kemelut Dalaman BAM': Four chapters of 'mesej Whatsapp layang'