Kenyataan akhbar TSAM

UNTUK SIARAN SEGERA

KENYATAAN AKHBAR OLEH TAN SRI DATUK SERI PANGLIMA ANNUAR BIN HJ. MUSA

SOKONGAN DAN GALAKAN YANG SAYA TERIMA BARU-BARU INI DARI KOMUNITI BOLASEPAK AMAT MEMBERANGSANGKAN.

KENYATAAN DULI YANG TERAMAT MULIA TENGKU ABDULLAH TIMBALAN PRESIDEN FAM BARU-BARU INI BAHAWA APA PALING PENTING ADALAH MASA DEPAN PEMBANGUNAN BOLASEPAK DI MALAYSIA MENCERMINKAN DEDIKASI DAN KOMITMEN DYTM TENGKU KE ARAH KEMAJUAN SUKAN BOLASEPAK DI NEGARA INI.

SAYA AMAT BERBESAR HATI BAHAWA SUMBANGAN SAYA KEPADA SUKAN BOLASEPAK TELAH MENDAPAT PENGIKTIRAFAN DYTM TENGKU DAN DENGAN HORMATNYA MENERIMA TAWARAN DYTM TENGKU UNTUK MENJADI PENGANTARA UNTUK MENAMATKAN KEBUNTUAN INI.

SAYA TETAP MENGHORMATI KEPUTUSAN JAWATANKUASA DISIPLIN DAN PROSEDUR FAM TETAPI SAYA PERCAYA JIKA DYTM TENGKU ABDULLAH, DENGAN PENGALAMAN YANG MENDALAM DYTM TENGKU DI FAM, AFF, AFC DAN JUGA FIFA, DAPAT MELIHAT BAHAWA ADA KEMUNGKINAN SUATU PENYELESAIAN ALTERNATIF DAPAT DICAPAI, SAYA AMAT BERBANGGA UNTUK BERKERJASAMA DENGAN DYTM TENGKU UNTUK KEBAIKAN BOLASEPAK MALAYSIA.

ADALAH MENJADI HARAPAN SAYA BAHAWA TAWARAN DYTM TENGKU DITERIMA OLEH MASYARAKAT DAN KOMUNITI BOLASEPAK NEGARA INI SEBAGAI LANGKAH POSITIF YANG MENCERMINKAN KEWIBAWAAN DYTM TENGKU SEBAGAI PEMIMPIN.

SAYA PERCAYA BAHAWA KITA HARUS BERKERJASAMA DENGAN PIMPINAN AFIRMATIF SEDEMIKIAN DAN AMAT BERBANGGA UNTUK BERKERJASAMA DENGAN DYTM TENGKU KE ARAH KEMAJUAN TANPA MENGIRA BATASAN.

PERJALAN KE ARAH KEMAJUAN ADALAH JALAN YANG PANJANG DAN MENDUGA DAN SAYA AMAT BERBANGGA KERANA BERPELUANG UNTUK BEKERJASAMA DENGAN DYTM TENGKU UNTUK MENGEKALKAN INSTITUSI INI SEBAGAI TONGGAK KEMAJUAN BOLASEPAK DI NEGARA MALAYSIA.

DENGAN SEMANGAT 1FAM, SAYA INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA DYTM TENGKU ATAS TAWARAN DYTM TENGKU UNTUK MENJADI PENGANTARA DI DALAM KEBUNTUAN YANG DIALAMI.

SAYA JUGA INGIN MENGAMBIL PELUANG INI UNTUK MENEGASKAN KOMITMEN BERTERUSAN SAYA KEPADA SUKAN BOLASEPAK DI KELANTAN DAN MALAYSIA.

HD kata: Once a politician always a politician.

Comments

  1. I think TSAM is playing safe just in case that Tengku Abdullah managed to convice the President to turnaround the ban...

    ReplyDelete
  2. Agreed with u haresh...fam with their funny things, and tsam with his politics thing..hancus!!!....

    Apapun, ASTRO ARENA NADI SUKAN SINGAPORE...pity to all astro's customers....

    Kemahkemim...

    ReplyDelete
  3. Abang Haresh,

    Politik ini tak dapat dielakkan. Di ofis pun kita main politik, apa lagi di FAM selagi ada pertandingan atau perebutan untuk jawatan.

    Politik juga nampaknya dimainkan oleh ASTRO ARENA. Segelintir pegawai besarnya, asal usulnya seorang bekas penulis kanan sukan sebuah akhbar dan seorang lagi bekas orang nombor satu kumpulan akhbar yang sama,nampak gaya bersilat-silat di belakang cermin hal FAM, hal Anuar Musa dan betullah tu juga ASTRO ARENA NADI SUKAN SINGAPORE...
    Cukup-cukuplah wahai pegawai2 ASTRO ARENA jangan sampai penonton/ pelanggan setia jadi muak dan cabut lari.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

'Boikot jer'

The untold story of a kampung hero from Sentul - Coach Guna

Breast touched, coach masturbated in front of athlete, politician offered money for sex - damning allegations that must not be ignored